Salam and good evening, 

Harini opi nak bukak blog opi, tekan je link blog opi, dia keluar link lain pulak? Kenapa yee? Sesiapa boleh tlg? Dia keluar link Busuk.org :(


Macam mana nak hilangkan link Busuk.org tu ya ?
Hmm, nanti komen kat blog opi yang ini, http://mykawaaiiionlinediary.blogspot.my/
Supaya opi boleh baca komen..

#helpme

Nak cari calon isteri jangan letakkan kriteria utama yang berdahi licin saja. Pastikan yang mempunyai asas agama kriteria yang pertama.

Tapi zaman dah berubah.

Adalah penting untuk kita masukkan lagi kriteria tambahan seperti di bawah. Kalau dalam DNA calon isteri kita ada 7 sifat ini, laju-laju masuk meminang. Ajak kahwin terus lagi bagus.

Antaranya :

1. Minat Menyimpan

Dia jenis yang minat simpan duit. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kalau kita nak belikan hadiah dia akan terus keluar ayat standard, “Tak payahlah B, membazir je”, “Tak payahlah lah sayang, simpan la duit tu”.

Bukannya jenis yang setiap kali keluar dating, asyik perabis duit kita suruh belanja air Starducks atau MekDonal.

2. Tak Apa Kalau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa


Kalau kita ajak dia makan kedai biasa atau dekat warung, dia tak kisah. Asalkan makanan sedap dan boleh masuk perut. Bukannya jenis makwe yang konon dah penat berhias pakai tudung lilit, tak ada kelas makan kedai murah. Paling kurang pun MekDonal.


3. Naik Kereta Secondhand Kita Pun Dia Tak Segan


Dia jenis tak kisah pun kita pakai kereta apa. Tak malu pun dengan keluarga dan kawan-kawan. Kalau ajak naik MRT pun dia selamba. Bukannya jenis makwe yang setiap hari pressure kita suruh tukar Honda!. Nak nampak ‘class’ kononnya.


4. Tak Minta Hadiah Mahal


Setiap kali hari jadi dia tak minta barang yang ratus-ratu, ribu-ribu harganya. Contohnya tak minta beg tangan LV, jam tangan DKNY, make up SKII atau iPhone. Kalau dapat jenis yang happy asalkan kita ingat untuk wish hari jadi pun dah dikira tip top.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tak impikan nak buat wedding of the year bagai sampai kena buat pinjaman peribadi. Kalau boleh nak nikah dengan kenduri buat dekat masjid, lebih jimat dan berkat. Hantaran pun tak letak tinggi. Jenis ini akan berlapang dada kata Ijazah adalah untuk minta kerja, bukan sebagai justifikasi untuk minta hantaran RM30 ribu serba satu!

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin


Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Amboi…Ciptalah sweet moment  tu selepas kahwin.

7. Tak Kisah Gaji Kita Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kita lebih rendah daripada dia. Dia terima kita seadanya. Janji sumber pendapatan kita tu halalan taiyiban. Spesis jenis ni memang susah dah nak jumpa di zaman moden ni, jadi kalau terserempak, jangan lepaskan!

Manusia itu tak sempurna. Kalau masa bercinta dan pasangan kita tiada 7 ciri-ciri di atas, janganlah pula tinggalkan dia. Kita bimbinglah supaya dia lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Duit bukan segala-galanya. Tetapi semua benda nak pakai duit. Kalau jenis suka membazir benda bukan-bukan, mungkin kedudukan kewangan masa depan kita akan turut terjejas.


Buat wanita yang sukar nak memikat hati lelaki pujaan. Ada beberapa perkara yang anda lakukan untuk buatkan lelaki jatuh cinta.

Dari segi luaran, kaum lelaki nampak agak keras, tapi sebenarnya mereka sukakan sifat comel dan keanak-anakkan pada diri seorang wanita.

Ini antara 6 perkara yang disukai oleh lelaki.

Perempuan memakai pendakap gigi

Ramai yang anggap pendakap gigi buat lagi hodoh, ternyata anda salah! Kebanyakan lelaki anggap wanita yang memakai brace sangat comel lebih lagi si gadis itu tersenyum lebar sambil mata tertutup rapat.

Kasut flat shoes

Jika anda seorang gadis yang kecil dan rendah. Jangan lupa pakai kasut flat shoes yang sesuai dengan gaya anda. Percayalah, si jejaka akan berikan markah A+ untuk tahap kecomelan anda.

Ketawa seperti seorang pemalu

Ramai wanita anggap ia perbuatan menjengkelkan, namun bagi lelaki ia menunjukkan siapa sebenarnya diri anda. Bagi lelaki, wanita yang ketawa seperti pemalu lebih comel dan sopan.

Jadi diri sendiri

Jika anda mempunyai sifat yang unik, jangan malu untuk tonjolkan pada si dia. Bagi lelaki, lebih unik gadis itu, nampak lebih comel dimatanya.

Suara manja

Lelaki sangat tertarik dengan wanita bersuara manja. Gunakan suara lembut anda untuk berbual dengannya. Pasti si lelaki akan cair dan lemah bila mendengar.

Fringe rambut

Bila kita tanya pada jejaka potongan rambut di hadapan yang macam mana menampakkan seorang gadis itu kelihatan comel? Si dia pasti akan menjawab potongan fringe! Jadi, gubalah gaya ini untuk menunjukan bertapa comelnya kamu sebenarnya.

Sumber: Remaja

Dia selalu mempunyai banyak perkara dalam mindanya. Walaupun dia sedang bersantai, dia sedang memikirkan sesuatu. Mindanya tidak pernah berehat.

Sebab itu, dia selalu overthinking, walaupun orang lain melihat perkara itu mudah. Apa yang perlu dipakai. Apa yang patut dimakan. Mana dia patut duduk. Berapa lama dia patut reply mesej.

Dia seorang yang bijak, bermakna dia akan mempunyai pelbagai senario untuk setiap situasi. Dan apabila dia berfikir tentang perkara tersebut, dia membuatkan dirinya risau tentang perkara yang mungkin tidak akan berlaku. Dia tidak pernah senyap.

Dia terlalu memikirkan, kerana dia tidak suka berasa terkejut. Dia sudah terbiasa mengawal setiap situasi dan dia ingin merancang segala yang berlaku. Kerana itulah dirinya, seorang perancang. Dia suka untuk tahu ke mana hendak pergi, siapa yang akan berada di sana, dan apa majlisnya.

Dia tidak suka apabila dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan, apabila dia tidak tahu arah ketika memandu atau terserempak dengan orang yang tidak dijangka. Sebab itu, dia jenis perempuan yang menganalisa semua perkara secara mendalam. Setiap perkataan. Cara orang melihat dirinya. Nada orang yang bercakap dengannya.

Dia adalah perseptif (orang yang tajam daya tanggapan), maka dia melihat semua perkara yang orang ucapkan dan lakukan – dan dia memikirkan terlalu jauh tentang kelakuan tersebut. Disebabkan itu, dia seorang yang mengambil berat. Dia tahu apabila seorang kawan itu tersinggung dengan kata-katanya, apabila seseorang tidak membalas mesej kerana berasa bosan dengannya.

Dia cuba untuk membaca orang di sekelilingnya, supaya dia tidak melepasi batasan. Dia tidak ingin melakukan sesuatu yang bodoh, seperti jatuh cinta terhadap orang yang tidak merasakan yang sama atau mengganggu kawan yang ingin bersendirian.

Ramai yang beranggapan dia adalah seorang yang logik, tetapi dia juga orang yang paling sensitif. Hatinya sebesar otaknya. Oleh kerana itu dia berasa sukar, terlalu risau.

Sumber: Sehinggit.blogspot.my