Tips Mencegah Kulit Berkedut Pada Leher


Kita sering risau akan kedutan pada wajah dan sentiasa mencari penyelesaian dan produk-produk yang mampu memeliharan kecantikan wajah. Namun, kita lupa bahawa leher kita juga mempunyai kedutan iaitu bahagian yang berdekatan dengan wajah. Leher anda menunjukkan tanda-tanda penuaan? Jangan bimbang, kerana ada tips untuk menghilangkan tanda-tanda penuaan tersebut.

“Kulit di bahagian leher sangat sensitif, dan mempunyai ketipisan 6 kali ganda berbanding wajah. Jadi tidak hairanlah jika penuaan cepat berlaku,” jelas Dr. Ariel Haus seorang dermatologist.

Ketipisan kulit menandakan pengeluaran kolagen lebih sedikit pada leher. Sehingga, rawatan yang diberikan juga harus lebih tambahan. Kolagen yang dihasilkan di kawasan leher mempunyai prestasi yang sedikit berbanding di wajah. menghasilkan sesuatu yang buruk atau kulit kusam.

Dalam mengatasi persoalan kulit tersebut, memakai produk yang mempunyai rawatan retinol sekali seminggu amat berguna. Gunakan masa pada waktu malam, kerana jika siang hari retinol memberikan reaksi yang buruk terhadap sinar matahari.

Selain itu, untuk merangsang pengeluaran kolagen, anda perlu memakai krim malam atau sapukan krim yang sering dipakai ke wajah anda ke leher.

Apakah lagi cara-cara lain yang anda mungkin tahu bagi menghilangkan kedutan di leher? Sila kongsikannya di ruangan komen di bawah.


You may also like

No comments: