Ingin Perut Langsing? Jauhkan Diri Dari 4 Makanan Ini!


Mendapatkan perut langsing tidaklah sesukar yang anda fikirkan selama ini. Cukup dengan memberi perhatian kepada pengambilan diet harian, anda boleh mendapatkan perut langsing seperti yang diidamkan. Seperti yang kita ketahui, 80 peratus adalah dari tabiat pemakanan kita dan hanya 20 peratus sahaja yang diperlukan untuk bersenam bagi menambatkan tubuh yang langsing. Anda harus mengelakkan makan makanan tertentu agar boleh mempunyai perut rata. Berikut adalah empat makanan yang perlu dielakkan.

1.    Brokoli
Brokoli, kubis bunga dan kubis adalah makanan yang sihat namun ia juga boleh menyebabkan perutanda tampak buncit. Oleh itu, anda hanya menikmati sayur-sayuran ini dalam kuantiti kecil agar tidak menyebabkan perut kelihatan kembung.

2. Produk buatan
Produk buatan mungkin penuh dengan garam yang menyebabkan tubuh harus mengekalkan cecair. Oleh itu, elakkan penggunaan berlebihan produk buatan agar perut tidak kembung. Tidak apa jika anda teringinkannya sekali sekala tapi cuba elakkan sebaik mungkin.

3. Minuman bergas
Ketika minum minuman bergas, pada umumnya anda menelan udara yang akhirnya menyebabkan perut kembung. Oleh itu, terlalu kerap minum minuman bergas boleh membuat perut anda buncit. Minum air masak adalah pilihan yang lebih tepat dan sihat.

4. Pemanis buatan
Secara umum, tubuh anda menolak makanan mengandungi pemanis tiruan atau produk buatan kerana membuat tubuh bengkak. Makanan-makanan tersebut adalah gula-gula, aspartame dan yogurt beku. Namun, mengambilnya sesekali tidak akan memberi kesan kepada bentuk perut anda.

Apakah lagi makanan-makanan yang perlu anda elakkan bagi mencapai perut yang anda idamkan? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.


You may also like

No comments: