7 Keajaiban Makan Tembikai Ketika Sedang Hamil


Diet sihat sangat penting sepanjang kehamilan dan anda harus memberi perhatian kepada pengambilan makanan yang hendak dimakan. Satu pengambilan yang harus ada dalam menu diet selama kehamilan adalah tembikai. Kenapa?

Makan tembikai semasa hamil memberi banyak manfaat kesihatan. Antara keajaiban makan tembikai semasa hamil adalah seperti berikut.

1. Mengurangkan risiko kejang otot
Kejang otot adalah masalah yang sering dialami oleh wanita hamil. Oleh itu, wanita hamil perlu makan tembikai secara rutin. Tembikai adalah sumber yang kaya kalium dan magnesium yang akan membebaskan wanita hamil dari kekejangan otot, terutama semasa trimester ketiga.

2. Melegakan pedih ulu hati
Pedih ulu hati adalah salah satu masalah yang sering dialami oleh bakal ibu. Namun, tidak perlu bimbang kerana tembikai adalah ubat paling mujarab untuk mengatasi pedih ulu hati selama hamil.

3. Mengalirkan racun
Ada banyak alasan wanita perlu makan tembikai semasa kehamilan. Kandungan air yang tinggi pada tembikai membantu menghilangkan racun dari tubuh wanita hamil dan mencegah rasa keletihan.

4. Sumber vitamin
Tembikai mengandung vitamin A dan C, serta nutrisi lain. Tidak ada keraguan bahawa vitamin ini sangat penting bagi bakal ibu. Jadi, makan tiga hidangan tembikai setiap hari sempurna bagi wanita hamil.

5. Sumber B6 dan magnesium
B6 dan magnesium adalah nutrisi yang diperlukan oleh seorang wanita hamil untuk kesihatan bayi dalam kandungannya. Jadi, hal ini adalah sebab mengapa wanita hamil perlu mengambil tembikai setiap hari.

6. Tubuh terhidrasi
Mengambil tembikai selama kehamilan dapat membantu menjaga tubuh yang sentiasa mengalami hidrasi. Selain itu, tembikai adalah buah yang membantu menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh dan sangat penting untuk penghidratan.

7. Kaya lycopene
Tembikai adalah buah yang kaya lycopene dan makan tembikai secara rutin dapat mengatasi morning sickness atau rasa mual ketika hamil. Selain itu, kajian perubatan telah menunjukkan bahawa lycopene mengurangkan risiko preeklampsia untuk wanita hamil dan bayi.

Apakah buah-buah lain yang bagus untuk wanita hamil? Sila kongsikan informasi di ruangan komen di bawah.




You may also like

1 comment:

Kim Chaa said...

save dulu .. nanti nak beranak baru baca .. hehe