5 Tempat Romantis Menyatakan Cinta Pada Pasangan


Sekali-skala kita ingin memanjakan pasangan serta menunjukkannya bahawa kite amat menghargai hubungan yang dibina. Jika anda sedang mencari idea-idea romantis yang boleh anda lakukan dengan pasangan, usah gusar lagi. Tempat-tempat di bawah ini boleh menjadi latar kisah romantis bersama pasangan.

1. Tempat tinggi
Tiada yang lebih romantis selain menyatakan “I Love You” di puncak gunung. Buat pencinta kegiatan mendaki gunung luangkan masa romantis bersama kekasih hati dengan puncak ini sebagai saksi, tentunya akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

2.  Tepi pantai
Pantai masih menduduki tempat pertama tempat-tempat romantis untuk meluangkan masa bersama pasangan. Nikmati angin sepoi-sepoi Bahasa, bunyi lautan ombak yang tenang serta pemandangan yang indah di tepi pantai sambal memberi perhatian sepenuhnya kepada pasangan yang dicintai.

3. Di tengah tasik.
Bersama pasangan di tengah tasik sambil bermain kayak? Menandakan kalian adalah pasangan yang sudah sangat saling mempercayai. Bergembira dan berbual dengan tenang tanpa gangguan dari orang lain.

4. Dibawah deruan air terjun. 
Menyusuri aliran sungai yang dikelilingi tebing tinggi yang dilindungi dedaunan hijau dari pohon megah atau yang tumbuh rendah, menuju air pancut megah di akhir perjalanan, mampu menyegarkan jiwa dan raga. Lari jauh dari kesibukan bandar dan luangkan masa dengan santai dikelilingi alam semula jadi.

5. Pulau.
Banyak tempat tarikan pelancongan menarik yang boleh anda kunjungi dan nikmati, sekaligus menjadi tempat bersejarah bagi cerita romantis dengan pasangan. Jika anda mahu, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti snorkeling di pulau atau menaiki ‘cruise’ makan makan bagi mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

Adakah anda mengetahui tempat-tempat lain yang romantik untuk meluangkan masa bersama pasangan? Sila tinggalkan idea anda di ruangan komen di bawah.














You may also like

No comments: