#tips : 8 Tips Elak Tidur Selepas Subuh !


Assalamualaikum semua. Salam Ramadhan.

Selalu rasa mengantuk bila lepas subuh kan? Ada hal penting pagi tu, tapi terlajak tidur?  Kalian jangan risau, ada caranya. Nak tahu tips untuk elakkan tidur selepas subuh? Baca ini, harap ia dapat membantu anda.

1. Jauhi tempat tidur anda!
Kenapa ? Sebab, bilik tidur hanya untuk kita merehatkan diri. Bila kita nampak bantal dan selimut, secara automatiknya ia membuat anda rasa sangat mengantuk. Seelok-eloknya, jauhkan diri anda dengan tempat tidur anda jika anda ada hal yang sangat penting pada pagi itu.

2. Membaca Al-Quran.
Isikan masa anda dengan perkara yang berfaedah. Banyak pahala anda jika anda membaca al-quran.

3. Mulakan kerja anda awal.
Elakkan daripada membuang masa, eloklah anda mulakan kerja anda dengan lebih awal. Lagi awal siap, lagi cepat boleh tidur. Hahaha.

4. Lakukan aktiviti kegemaran anda. 
Mengemas rumah adalah salah satu aktiviti yang boleh menghilangkan ngantuk. Badan berpeluh otak pun cergas. 

5. Membaca.
Tetapi elakkan membaca dalam keadaan baring. Ada sesetengah orang mengatakan kalau membaca, lagi mengantuk. Itu tandanya dia tidak minat untuk membaca. Bagi yang meminati membaca novel, buku cerita, tidak ada masalah untuk dia membaca buku di pagi hari atau bila-bila sahaja. 

6. Membantu untuk menyediakan sarapan.

Bantu ibu/bapa anda untuk menyediakan sarapan untuk ahli keluarga anda. Walaupun ringkas, bekerjsama itu sangat penting.

7. Mandi awal. Kalau boleh sebelum subuh.
Banyak khasiat dan faedah dan juga kelebihan jika anda mandi pagi. Antaranya ialah , Melancarkan Peredaran darah, Membuat kulit menjadi lembut,halus dan cantik,  Mampu menurunkan resiko darah tinggi, Mampu meningkatkan sel darah putih, Mampu meningkatkan kesuburan, Membuat rambut lebih sehat, Mampu Meredakan Depresi.

8. Bersenam.
Bersenam baik untuk kesihatan kita. Kita haruslah bersenam setiap hari supaya badan kita sentiasa sihat. Terdapat banyak faedah jika kita selalu bersenam. Antara faedah bersenam ialah tubuh kita akan segar dan sihat. Jika sihat,kita tidak mudah diserang penyakit.  Kita juga boleh melakukan senaman di taman botani,di padang dan juga di gimnasium. Senamrobik juga salah satu senaman yang boleh menyihatkan badan kita.

Ingin kongsikan tips daripada anda? Feel free to comment diruangan komen dibawah.



You may also like

3 comments:

Mommy Cici said...

bagus tips ni untuk bulan ramadhan ni. selalu terlelap. tips pertama tu sangat berguna >,< sebab selalu I cakap nak rehat jap lepas Subuh, bagi makanan turun blablabla last last lelap

thezofiroh said...

Haih tu la masalahnya, lepas sahur, mesti rasa mengantuk. Al-maklumlah perut baru terisi. Terima kasih untuk semua tips ni awak :D

Faizal Fredley said...

kalau xtido lepas subuh mesti kol 10 dah start ngantuk balik..hhuhuh