SEGMEN : GIVE ME YOUR URL BLOG 1 By Najwa Zahid



Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menulis, harini luangkan sedikit masa untuk duduk dihadapan lappy kesayangan berwarna hitam jenama Lenovo yang sudah beberapa tahun berjasa kat aku. Cuaca harini sangat baik menandakan mood aku harini sangat baik. Layan blog sambil mendengar lagu dari music box sangat menenangkan minda. Segelas air milo ais diteguk dan diletakkan disebelah lappy. Niat untuk berblogging sudah ada. Open google chrome dan type "Blogger". Cari dashboard home dan mata melilau membaca di reading list all blog. Sedang rancak membaca satu persatu blog kat situ, tetiba mata tertarik pada satu tajuk blog. "TEMPOH SEGMEN GIVE ME YOUR URL BLOG 1 DILANJUTKAN". Wahh, Segmen apa ni ? Try belek jap lah. Terus laju jari menekan link tersebut dan terpamparlah blog yang serba hijau ke turquoise tah. Aku pun tak tahu nak labelkan macam mana, sebab bagi aku ianya hijau.  Najwa Zahid. Owner blogger tersebut. Orangnya sangat comel dan kemas. 

Wait! Sejak bila aku post entry acah-acah macam menulis novel ni. Ni mesti teringat buku fixi yang dibaca semalam. Abaikan mood aku yang acah-acah macam novelis ni ye. Jemput join segmen yang dibuat oleh Najwa Zahid kay. Goodluck semua. Boleh klik banner untuk join segmen dia.

.....................................................................................................

Tazkirah Pendek
Peringatan untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada), nescaya pintu rezekimu akan terbuka untuk kamu. Tidak akan terputus rezeki seseorang itu selagi mana ia tidak meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya dalam kehidupan sehariannya."






You may also like

1 comment:

najwa zahid said...

thanks sgt sbb join. thanks juga sbb post entri ni. terharu baca entri ni. hehe =D