Apa Organ Paling Bahaya?

(photo sources : pinterest)

Tahukah anda organ paling bahaya pada tubuh manusia? 

Jawapannya, lemak di perut. 

Menurut Dr. Robert R. Henry, pakar endorkrinologi dan perubatan Universiti California, San Diego, apabila kita makan dengan banyak, kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seleruh tubuh, terutama perut. Apa yang anda tidak tahu ialah, sebaik berada di dalam perut, lemak tersebut  berubah menjadi organ.

Tetapi tidak seperti perut, hati atau usus (sebagai contoh) yang membantu anda meneruskan kehidupan, lemak di perut merembeskan bahan inflamasi bertoksik. Ia menjadi pencetus interaksi yang rumit, yang mana kesannya boleh melemahkan jantung, merosakkan saluran darah dan melemahkan sistem imun. Dan sekiranya berat badan terus bertambah, bermakna jangka hayat anda semakin pendek.

(photo sources : pinterest)

6 Tips Hilangkan Lemak di Perut.

-          -Ambil sarapan
-          -Makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil
-          -Ambil lebih serat
-          -Kurangkan gula ringkas
-          -Makan lemak yang sihat
-         - Bijak secara memilih makan di luar


You may also like