10 Kenapa Jodoh Anda Lambat Datang


Bila soal tentang jodoh , mesti ada yang tertarik kan . Ada yang suka dan ada juga yang tak berapa suka nak tahu disebabkan hal-hal tertentu . Pernah korang terfikir tak , kenapa jodoh korang lambat datang ?

1) Jodoh itu rahsia Allah . 
Sejauh dan sedalam manapun korang fikirkan , ia tetap menjadi satu misteri yang tidak mudah diungkapkan . Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas . 

2) Diri Anda Belum Benar-Benar Bersedia . 
Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia . Adakah korang betul-betul bersedia untuk menjadi suami ataupun  isteri ? Adakah sudah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, dan kematangan . Tepuk dada , tanya selera .

3) Hati tidak fokus dalam mencari jodoh dan tidak bersungguh-sungguh . 
Ye la . macam mana la korang nak dapat jodoh kalau korang tak bersungguh-sungguh . Mulut je kata nak 'jodoh' , tapi hakikatnya , "aku bukannya tak nak berjodoh , tapi banyak kerja la . Tak menyempat pun nak cari isteri ke apa" . Tengok tu , mana tak lambat jodoh tu datang . Tak bersungguh-sungguh . 

4) Terlalu memilih kriteria pasangan . 
Ini satu hal jugak . Kalau dah ketat sangat ciri-ciri orang yang nak dijadikan isteri ataupun  suami tu , siapa la yang layak agaknya yeaa ?  ‘den taknak melayu , nak bugis atau jawo jah. kalu mix tu kiro okeh jugak. tinggi sajo nak yang 7 kaki. kulit puteh gobu. badan berisi. mato bulek. bulu mato ea panjang sekaki. abah ea mesti takdo misai. selipar saiz 6.’ . Haih , tak salah memilih , tapi berpada-pada la . Jangan sampai nak yang sama macam bidadari kayangan yang boleh terbang . Sampai bila nak berjumpa?

5) Hati kotor , masih banyak perasaan benci dalam hati . 
Kalau banyak sangat perasaan benci tu  dalam hati , kesannya orang lain pun jadi benci jugak dengan kita. Apa la salahnya kita berubah untuk jadi lebih mesra dengan semua orang . Mana tau dalam ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh kamu. hehe =)

6) Fobia dan serik bercinta . 
Yang ni parah nak ubat . Satu je ubatnya , kena redha dengan pengalaman cinta yang tak kesampaian tu dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di hari muka . yeah! Semangat kena ada .. Jangan pasrah dan terus putus asa je. Orang yang putus asa takkan berjaya..

7) Doa Anda Tidak Makbul . 
Berdoa untuk mendapatkan jodoh . Allah s.w.t. telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan.” Persoalannya , kenapa masih tidak bertemu jodoh ? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang. Juga , tetapkan hati korang yang mana satu jejaka yang anda mahu. Lakukan solat Istikharah untuk diberi petunjuk.

8) Restu Ibu Bapa Belum Sempurna . 
Jodoh tidak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak yang tidak sempurna. Emak bapak masih rasa tidak berapa sedap untuk lepaskan anaknya. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tetapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang rumit .

9) Terlampau selesa dengan hidup bersendirian . 
Benda ni semacam dah jadi trend sesetengah orang yang merasakan lebih selesa hidup sendiri sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga . Nak bertemu jodoh tang mana ? Perlu diingat , berkahwin merupakan satu ibadah yang mana jika dilakukan dengan niat kerana Allah SWT, insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.

10) Hidup tidak seimbang . 
Kadang-kadang terlampau tenggelam dengan kerja sendiri sampai takde masa nak bersosial . Paling parah tak bertemu manusia lain pun ! Entah kenal ke tidak orang sebelah rumah. camano nih? ada pula yang kuat sangat enjoy atau dengan kata lain sindrom ‘orang bujang’ yang melampau . adoih.. jodoh mana yang nak melekat? kena berubah!

Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya . Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu , sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.


You may also like

3 comments:

najwa zahid said...

dia tgah bercinta dgn org tu..huhu =(

Nabila Syifa said...

Soal jodoh kuasa tuhan.. insyaallah.. semua telah ditentukan

Khairul Azhar Muhammad Khairul Azhar Muhammad said...

Xpela..awk bercinta dengan sy laa hihi