Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Sesi 2016/ 2017

Tarikh mula beli Nombor Pin Unik ID UPU IPTA sesi akademik 2016/ 2017. Bagi pemohon lepasan SPM, STPM dan setaraf yang ingin mengemukakan permohonan online kemasukan ke IPTA, pembelian nombor Unik ID UPU/ Politeknik/ ILKA sesi 2016/ 2017 akan dibuka mulai 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016. Berikut adalah cara pembelian nombor pin kemasukan ke upu bagi sesi 2016/ 2017.

upu-2016-2017

Pengumuman Terkini Kemasukan UPU 2016/ 2017

Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2016/2017 boleh dibeli mulai 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016.

Borang UPU Online Sesi 2016/ 2017

Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/ mulai 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016

Kategori Permohonan Online UPU Sesi 2016/ 2017

  • Kategori Lepasan SPM/ Setaraf: Lepasan SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA, Sijil Kolej Komuniti
  • Kategori Lepasan STPM/ Setaraf: Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi, Asasi UITM
Cara Beli Nombor Pin (Unik ID) UPU

  • Sila hadirkan diri ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda
  • Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan
  • Anda perlu isi nama dan nombor ic pada slip deposit ( Berwarna Biru) seperti yang tertera dibawah
  • Pergi kaunter dan buat pembayaran
  • Untuk permohonan UPU: RM15.64 (Termasuk GST)

Contoh Slip Salinan Pembelian No Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN)
http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2012/12/no-unik-id-bsn-upu.jpg

Saluran Pembelian Nombor Unik ID UPU 2016/ 2017

  • Menerusi Kaunter BSN
  • Mesin ATM BSN
  • BSN Online Banking
Tarikh Tutup Jualan Nombor Pin UPU 2016/ 2017

4 April 2016

Soalan Lazim Permohonan UPU  Sesi Akademik 2016/ 2017

  • Permohonan melalui BPKP (UPU) bagi Sesi Akademik 2016/2017 dijangka akan dibuka mulai Minggu Ketiga Januari 2016 sehingga April 2016.
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
  • Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
  • Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.
  • Permohonan yang lulus tidak boleh dipinda atau diubah lokasi IPTA mahupun Kursus
  • Jika anda telah memohon UPU, anda masih layak untuk menerima tawaran Matrikulasi/ Maktab Perguruan

Tarikh Penting Permohonan UPU 2016/ 2017

tarikh-penting

sumber : 1





You may also like

4 comments:

Kim Chaa said...

Ok .. makaseh atas infomasi ^^

Diya Hanun said...

nak beli ke tak nak eh, sdg memikirkan,.hihi..

tiga lalat said...

good info nih, nnti bgtau anak lanang wak tuuh., ;p

Ardilla Noorezan said...

good sharing!