Segmen Awak Orang Mana?


Opi nak banner warna #D4D4D4 atau yang seangkatan dengannya .

Assalamualaikum, Opi dah lama nak join segmen ni , tapi asyik terlupa je. Maaf. Harini baru dapat join sebab terblogwalking ke blog Rrai :)
Segmen ni tamat pada 22 Januari 2016
Okay, Opi asal / lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 


Tapi dah pindah Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, So secara officialnya opi orang Selangor ;)

Okayy, tempat tempat menarik di Kuala Lumpur ada banyak, tapi opi shorlistedkan ye :)

1- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Dikenali sebagai Menara Berkembar Petronas @ Petronas Twin Tower @ KLCC

2. Zoo Negara, Kuala Lumpur
Entrance fee :
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak (RM6)
Warga Emas (RM6)

3- Planetarium Negara
Entrance fee:
Galeri : Percuma
Teater angkasa :
Warganegara
Dewasa – RM6,
Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM4
Bukan warganegara
Dewasa – RM12
Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM8

4- Petrosains, KLCC
Petrosains yang sangat menarik. Ibu bapa boleh bawa anak-anak semasa cuti sekolah.

Attractions : Dark ride, Dinasour and etc

 5. KL Bird Park, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Bird Park atau lebih dikenali KL Bird Park menjadi tarikan kerana terdapat pelbagai jenis burung.

Entrance fees :
Dewasa – RM20
Kanak-kanak 3 -12 tahun – RM10

6- Butterfly Park @ Taman Rama-rama Kuala Lumpur
Fakta : Taman rama-rama mempunyai lebih  6,000 rama-rama dalam 120 species.
Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak bercuti, boleh melawat tempat menarik di Kuala Lumpur. Ibaratnya, melancong sambil belajar. Anak-anak pasti berminat dengan suasana begini.

7. Aquaria KLCC
Fakta :

Aquaria KLCC mempunyai Lorong Underwater paling panjang di Malaysia iaitu 90 Meter.
Aquaria KLCC Mempuyai tank ikan terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter
Aquaria KLCC Mempunyai tangki tube yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu setinggi 15 kaki
Yang terakhir Aquaria KLCC adalah Aquarium di Malaysia yang dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas. Piranhas? tau?  Tak tau google.. 
Harga tiket Masuk Aquaria KLCC

Dewasa : Biasa RM53, Mykad – RM40
Kanak-kanak (3-12 tahun) : Biasa Rm42, Mykad – RM30
60 Tahun ke atas : Biasa RM32, Mykad RM30
Station Aquarius – RM5 untuk seorang

Okay, kita masuk ke lokasi yang menarik di sekitar Selangor pula,
1.The Kabin, Pantai Remis, Jeram, Selangor | Hotel Kontena
2. i-City , Shah Alam
3. Sunway Lagoon, Petaling Jaya
4. Kelip-kelip Kampung Kuantan , Kuala Selangor
5. Taman Botani, Shah Alam

Tempat2 tu bila korang search kat google akan keluar tempat2 tu, So dah biasa sangat.. hahaha *ada je tempat2 yg opi tak p lagi -.-*

Tempat tempat ni pulak jarang orang tahu tapi merupakan tempat percutian yang menarik untuk korang singgah :)
1. Homestay Kampung Sungai Haji Dorani , Sungai Besar
2. Amverton Cove Golf & Island Resort  , Pulau Carey
3. Air Terjun Kemensah , Ulu Kelang
4. Asian Water Sports Village , Puchong
5. AVANI Sepang Goldcoast Resort, Sepang
6. Gold Coast Morib Resort , Banting
7. Air Terjun Kanching, Selayang
8. Bukit Gasing, Selayang

Kat Bandar Puncak Alam apa yang ada ?  Hahaha, tak banyak punnn, antaranya ialah
1. UiTM Kampus Puncak Alam.
2. McD Puncak Alam.
3. Tesco
4. Econsave
5.Puncak Bestari
6. Petronas
5. Kedai-kedai dan perumahan

Gambar tak ada sebab nak bagi suspends sikitt, nak tahu , korang copy la tajuk lokasi yang korang rasa nak tahu tu and search kat google. Hahaha, jahat pula opi harini :D
Okayy, itu je opi nak kongsikan dengan korang :) Selamat bercuti suatu hari nanti bersama keluarga or kengkawan kayyh :)



You may also like

2 comments:

EYJA MASLIZA said...

Hai, datang singgah jenjalan follow blog ni :D Jom ke blog eyja :)

Aienienka Peter said...

mangai~ panjangnya list tempat menarik. haha singgah dari segmen sama.. :D