New Look Arifah Hadirah

Picture credit to Arifah hadirah


Asyik asyik tukar template , asyik asyik tukar design. Tak bosan ke ? Pasal bosan la cheq tukaq template baru , adaaa je yang tak memuaskan hati. Haritu pun dah tukar template blog baru sempena tahun baru , 2016. Esok esoknya tukaq baru lagiiii, Okeyy laa, opi suka sebab putih n bersih je. hahaha. Rasanya design ni ringan sikit kot daripada yang sebelum ni :) Happy Blogwalking kayy :)
Kalau ada apa apa komen pasal blog ni , boleh share ngan opi :) Tarak hal .

Tajuk entry kali ni 2 in 1. nak cerita pasal template baru n pasal bestfriend bernama Arifah Hadirah. Hahaha. Sebab tu jadi ' New Look Arifah Hadirah '

Siapa Arifah Hadirah yang opi mention awal awal kat caption gambar tu ? Tengah whatsapp dengan dia, minta dia usha blog opi ni , dia pun baca la before dia tidur. terima kasih Ipah :)

 
Arifah Hadirah Binti Norzihan.
Dia bestfriend opi sepanjang opi study kat UiTM. Kalau korang perasan la , opi mana pernah update pasal sesiapa kat blog kan? ni kira 1st time la jugak sbb rindu gila kat dia, dah lama tak contact dia, alhamdulillah harini contact :D Dia je la yg sabar ngan perangai opi kat sana, kadang2 gaduh pun dia okey / diam je :D pepandai la selesaikan masalah, masing2 dah besarkan . Selalu nak p kelas, dia la yang kejutkan . ketuk pintu bilik ajak p kelas sama sama... ada je byk kali opi terbangun lambat. huhuu. Banyaakk.. banyakkk sangat kenangan kat sana . Kenangan zaman diploma. Urgh , rindu gila .

Ni waktu sambut merdeka kat dataran merdeka. Kami kena cover merdeka sebab ada assignment mengenai merdeka :) Time ni, opi memang dah pening kepala sebab ramai gila orang.

   
Gambar kiri , tu masa musim bunga. Tak percaya kann ? Kalau kat Lendu ni , semua musim ada, musim luruh, musim bunga, musim hujan, musim kemarau, musim sejuk. senang cite, semua adalah. Serius. tu salah satu bukti, musim bunga. Memang cantik weiii Lendu masa tu :) Alhamdulillah. Sempat jugak tangkap gambar kat pokok tu sebelum pokok tu kena tumbang. huhu, sedihh, kenapa tumbangkan pokok tu :( Ni salah satu kawasan yang lebat bunganya .
Sebelah kanan tu pula masa department photo kami buat annual dinner kat hotel. Akuuu, tak akan terpisah dengan warna hitam dan merahku :D beli baju dinner pun nak warna hitam merah weii, klu warna lain memang taknak pakai :D Ipah makeup ;P First tengok ipah masa ni terkejut sbb dia lawaaa . hahaha. lawa sebab makeup, baju pun lawa :)

Gambar ni masa final sem kami , memang betul2 final. Tu artwork kami tergantung kat belakang. Final assessment. Opi punya artwork korang boleh tengok tuuu, belah kanan, yg ada waterdrop and al-quran kalau korang perasa. 4-4 tu aku punya. Oh ya, kenalkan, belakang sekali sebelah kiri, azwan from johor, dan irfan from sabah. Yang depan , Izzah from Melaka, kami ni selalu sama kalau bab bab pakaian, mesti merah hitam gak. hahaha. Ipah from Melaka jugaakk, dia memang suka warna2 terang, warna ala ala pastel. Dan kanan tu akuu, opi from KL tapi dah pindah Selangor :D 

Yang ni pula citeee nyaaa, masa tu kami tengah jalan2 kat Kota A-Famosa buat assignment photo. Tengah jalan2 tu , tetiba ternampak duaorg mamat ni , dengar2 dia kira dalam bahasa dia, iaitu bahasa korea :D aku apa lagi wei , berkenalanan la dengan dioarg, teruja. hahaha. and tak lupa, aku minta selfie , ni wajib kalau pergi mana2, mesti selfie. masa ni selfie guna hp kwn lelaki yg tak pakai spek tu, lepas tu aku minta email dia sbb nak gambar ni . and sampai sekarang aku ngan yg pakai spek tu contact, Dalam gambar yg girl2s tu semua kawan2 aku masa g buat assignment, Aqila, Farahin, Aida , Arifah n Me ;)

Time ni tak yah cakap , aku tak ingat aku nak pergi mana masa ni . hahaha. kbye

Throwback teruk ni. huhuhuhuhu. Rinduuu wei, tak sabar nak jumpa Isnin ni, kita selfie banyak banyak. Pastikan memory hp kau kosong. hahaha. nak selfie pakai phone kamera aku , kamera aku pun dah nazak :D
Okeyy , sampai disitu sahaja lahh , Meleleh hingus ni kang bila ingat balik zaman diploma dulu :)
Aku tak macam orang lain weii , sweeet sweet taruk caption .  Maafkan segala kekurangan opi ye ipah :)



You may also like

2 comments:

Fieyqa Adelova said...

Seronokkan ada kawan yg macam ni.. Semoga persahabatan korang kekal! ^^

_numigx said...

ermm lawaaaa ermm opi lawaaaaaaaaaa <3