Kem 4 RAMD , Tapah

Batalion RAMD (4 RAMD -Perak)

Mesti korang pelik kan kenapa opi tetiba share pasal 4RAMD ni . RAMD ni bermaksud Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada 23 haribulan 1 pada tahun 2016. Opi masuk Kem 4 RAMD yg terletak di Tapah. wow, opi masuk kem askar weihh, tinggi pun tak cukup berat apatah lagi tak cukup , ada hati nak masuk kem askar mcm ni, hahaha.
Okey, marilah baca opi nak cerita ni , macam mana opi boleh masuk kem askar ni.
Pada 23.1.2016 tu , kawan opi bawa opi masuk kem tu, untuk apa ? diaorg bayar opi as videographer untuk shoot video promotion diorg, diorg buat mengenai askar, diorg nak promotkan kem 4 RAMD ni la lebih kurang :) So tugas opi adalah shoot video. 
Memang best la masuk situ, pengalaman yg opi dapat memang tak boleh dilupakan. serius, seronok, redah hutan, redah sungai semua, nasib baik opi cameraman, klu tak, opi pun mesti dpt pakai baju sama ngan kwan2 opi tu, huhuhu, jeles gila diaorg dpt pakai celoreng tu T___T baju yg org luar tak boleh pakai pon diaorg dpt merasa, gambar tu tak boleh dipost di mana-mana, nnti kena saman :D sbb kami org luar, tak ada masalah bagi opi untuk shoot panas2 tu, janji opi dapat merasai pengalaman yg cukup mencabar dan penuh dengan aktiviti lasak ni :)
 Thanks kepada kawan-kawan opi sebab percaya opi as videographer korang and beri opi pengalaman yg cukup bermakna ni , Sis tak boleh move on lagi. Hahaha, Kapten2 kat sana semua baik-baik. Bebudak askar pon sporting-sporting je. Rata-rata umur semua bawah opi , 19 tahun macam tu, alaahai, tapi muka semua matang2, sbb diaorg byk buat aktiviti lasak semua kann, sbb tu nampak matang :) Opi yg paling pendek kat situ bila berdiri sebelah bebudak askar tu :D hahaha. and diaorg semua tak percaya yg opi dah 21 mcm tu T___T diorg ingat opi budak sekolah lagi, n sebaya ngan diaorg 19tahun :D

Banyak pula opi membebel :D Meh opi share 1gambar kat sana, 3org tu la kawan opi yg bagi pengalaman yg cukup bermakna pada opi :) Thanks friends ^^ Thanks juga kapten sebab sudi tangkapkan gambar kami :D

Sekian ~


You may also like

1 comment:

Khamsi Abdullah said...

Syiok jugak tu... hebat betul kawan2 opi jadi askar.