How-to-be-Solehah I


1. Kecantikan Dalaman.
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Cantik.
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

3. Berakhlak Mulia.
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah." Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara. Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang majahidin.
~Ciri-ciri wanita yang solehah 
-Taat kepada Allah. 
-Berbuat baik kepada ibu bapa. 
-Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. 
-Menutup dan menjaga aurat. 
-Tidak berhias apabila keluar rumah. 
-Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. 
-Berbuat baik dengan jiran tetangga. 
-Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha mendidik mereka.

4. Berpegang pada agama.
"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama."

5. Dari keturunan yang baik-baik.
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diti kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

6. Bijaksana.
Saidatina Aisyah r.a merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah S.A.W.. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk nunjuk pandai kerana ianya mencabar ego lalaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

7. Tidak mempamerkan keseksian.
"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

will be continue....



You may also like

No comments: