Heyooo Broga Hills.


Assalamualaikum. Haritu opi pergi Broga Hill, 2 januari 2016. Kiranya sambut tahun baru kat sana, tengok matahari terbenam. naik bukit tengahari , memang nak pengsan dah waktu tu. takpayah cerita la kot masa nak naik atas ni , berhenti byk kali kot :D memang nyawa nyawa ikan dah masa naik, baru separuh jln dah mengah. Lupa ada penyakit-.- Mula mula pergi ye ye je pakai lawa lawa, pakai shawl pin sana , pin sini , sampai atas, semua pin dah bukak. pakai pin kat leher je, alahai , selekeh gila laa opi masa tu. masa kat tengah2 sebelum sampai puncak, memang rasa nak menangis dah, tak maoo naik .. sumpah tak mou naik dah nanti T_T mcm2 laa opi membebel kat bawah tu before sampai puncak. nasib baik kuatkan semangat nak naik atas ni, alhamdulillah. Dari tenghari sampai maghrib baru turun bawah. Tengahari wei , kau rasa? Matahari memang atas sejengkal atas kepala kita je tauu, Panas dia Allah saja yang tahu., huhuu. Opi bukan p broga hills sorang2, opi g ngan crew photographer n videographer n pengantin sekali masa ni. Sebab nak shooting wedding atas ni . Gigih wei pengantin bawa baju naik atas T__T lepas tu jln atas bukit pakai kasut tinggi . fuhh. 
 Masa nak turun bukit tu, Nauzubillah.. tergelincir, terlanggar kawan semua ahh, memang tak larat dah nak turun, kepala lutut mengigil sakit . lepas tu tak pakai stoking, memang padan laa, pakai kasut converse tapi tak pakai stoking. Kami turun malam, memang tak nampak apa, sebab tu opi pegang beg kawan opi masa nak turun bawah sbb dia ada touchlight hp. and nasib baik kami turun bukan geng2 kami je, ada dua family ni sekali turun sama sama kami. Diaorg punya family aktif gila. Dah biasa hiking2 ni , so tiada masalah klu nak turun bukit berlari sekali pun . hahaa, okey, opi jeles gila waktu tgk diaorg turun bukit berlari wei, klu opi laaa, bukan berlari , bergolek.. memang tak nampak jalan masa tu ditambah pula dengan kaki dah mengigil teruk masa tu. 
Balikk je rumah, esok peha bengkak, walaaaweii, dah dua hari ni bengkak, asyik baring je kat rumah, nak turun bawah ke dapur pun malas dah sbb nak turun tangga pun mmg tak laratt, sakit gila T_T Bukan peha je sakit, bahu pun sakit sbb masa nak turun bukit haritu, opi tergelincir, tgn kiri berpaut kat batu besar sebelah kiri, waktu berpaut kat batu tu, tulang bahu terkehel sikit, huhuhu, sekarang opi sakit satu badan. tak boleh nak buat apa-.-' 
Ni la akibatnya, bila sebulan dua bulan dah habis study duduk rumah, duduk depan lappy mendesign n memblog je tetiba p naik bukit broga yg tinggi tu, memang sakit la kaki , tak exercise tetiba naik macam tu je T_T 

Pengajaran nya ialah , jangan malas sangat asyik duduk kat rumah mengemukkan badan, buat exercise supaya nak g mana mana badan dah steady -.-'
Takmou opi p Broga buat masa terdekat ni , sumpah sakit gila kaki , takut tisu dalam peha ni terkoyak je, tak pernah rasa sakit mcm ni T____T



You may also like

2 comments:

najwa zahid said...

sya ni x pernah pegi lg bukit broga. padahal dkt je

Farhana Zukri said...

sekali aje pergi hiking kat Broga, best jugak even penat :)