Diskaun 50% | KTM i-Card Student


Berikutan sambutan dan permohonan yang amat menggalakkan daripada para pelajar kolej dan universiti untuk kad diskaun KTM iCard Pelajar, KTM Berhad ingin memaklumkan mulai 4 Januari 2016 sehingga 4 Februari 2016, pelajar kolej dan universiti di Semenanjung Malaysia akan menikmati
promosi diskaun 50% yuran tahunan untuk KTM i-Card Pelajar. Promosi ini menawarkan
harga yuran RM15.90 setahun berbanding yuran tahunan biasa iaitu RM31.80.

Para pelajar yang mempunyai KTM i-Card ini akan mendapat diskaun tambang 50% daripada kadar tambang tunai untuk Perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan diskaun sehingga 40% untuk tambang perkhidmatan KTM Intercity dan ETS. Permohonan KTM i-Card boleh dilakukan di kaunter tiket KTM Intercity/ETS, Aras 2, Stesen KL Sentral. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 7.00 malam, setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Permohonan adalah terhad kepada 300
pemohon terawal setiap hari.

Pemohon dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, salinan kad metric/kad pelajar dan juga surat pengesahan pelajar yang tertera tarikh tamat belajar.

Informasi terperinci dan borang permohonan KTM i-Card boleh diperolehi dari laman web KTMB, www.ktmb.com.my.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau twitter @ktmkomuter.

.................................................................................................................................

Permohonan Kad Diskaun KTMB i-Card

Para pelanggan yang dihormati,

Berkuatkuasa 7 Disember 2015, KTMB telah memperluaskan kepenggunaan kad diskaun pelajar KTMi-Card untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang. Para pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan perkhidmatan Komuter boleh memohon Kad diskaun pelajar KTM i-Card dan anda layak mendapat potongan diskaun 40% dari harga tambang perjalanan untuk perkhidmatan tren Intercity/ETS dan 50% untuk perkhidmatan tren Komuter di Lembah Klang sahaja.

Bagi pengguna (pelajar IPTA/IPTS ) perkhidmatan Komuter yang ingin memohon kad boleh mendaftar di Kaunter 9 & 10, Kaunter Tiket  KTM Intercity yang terletak di aras 2, KL Sentral dengan menyertakan sekali surat pengesahan pelajar yang dikeluarkan oleh KTMB seperti dibawah ini.

Download attachments:



You may also like

2 comments:

Mr. Doctor said...

Haritu masa tau ktm naik harga geram sangat.. Sebab service dia x memuaskan.. Selalu lambat.. Kat korea even bas yang supposed to be lagi unpredictable sebab jammed semua tu pon still boleh sharp.. Hmmm

Akim said...

Baguslah ktm buat camni pada student..