5 Rahsia Kajol Kekal Cantik Seperti Tidak Dimamah Usia

Oleh Razzlyn Rosli

Buat penggemar filem Bollywood dah tentu korang familiar dengan pelakon yang memang cukup terkenal Kajol Devgan. Filem terbaru gandingan Kajol dan Shah Rukh Khan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Bukan itu saja, penonton juga terkesima menyaksikan rupa paras Kajol yang semakin cantik dan seperti tidak dimamah usia.
Mesti ramai nak tahu, apa rahsia kecantikan atau tips yang diamalkan oleh Kajol.
1. Lakukan senaman 
Kajol mempunyai rutin senaman yang konsisten, latihan Kajol merupakan senaman beban yang sangat mudah dan asas. Kajol bersenam selama 2 jam setiap hari.
2. Elak dari terdedah sinaran matahari
“10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin putih. Ia bukan kerana pembedahan,” ujarnya dalam Flimibeat.
Kajol mengatakan tona kulitnya makin cerah berbanding dahulu kerana dia mengelak dari terkena sinaran matahari.
3. Menjaga pemakanan & tidak makan makanan segera
Kajol juga menitik beratkan pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Dia percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan.
4. Minum air secukupnya
Untuk dapatkan kulit yang kekal cantik dan awet muda, pengambilan air sangat penting. Kajol mengamalkan minum air putih sebanyak 9 hingga 10 gelas sehari.
5. Cukup tidur
Ini antara rahsianya untuk kekal segar dan kekal muda. Ujar kajol, dia akan pastikan untuk mendapat tidur yang cukup antara 8 hingga 10 jam sehari.
“Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik selesai saya akan terus pulang."



You may also like

4 comments:

Sop said...

biasanya artis semua cam tu
makin matang makin comel

Aienienka Peter said...

wah~ jeles betol tgk kajol ni. bak kata org tak makan dek zaman.

Akim said...

Walaupun agak berusia, Kajol nie nampak macam anak dara sunti kot..

Mawar Assufi said...

Ini comel... sebenarnya ikut dah cara gitu. tapi, still tergugat dgn bende2 merapu lagi.. aishh...

btw, singgah dari http://beehaazman19.blogspot.my/2016/01/blog-review-2-pemenang-top-referral-1st.html

hehehehee :)