Assalamualaikum. Haritu opi pergi Broga Hill, 2 januari 2016. Kiranya sambut tahun baru kat sana, tengok matahari terbenam. naik bukit tengahari , memang nak pengsan dah waktu tu. takpayah cerita la kot masa nak naik atas ni , berhenti byk kali kot :D memang nyawa nyawa ikan dah masa naik, baru separuh jln dah mengah. Lupa ada penyakit-.- Mula mula pergi ye ye je pakai lawa lawa, pakai shawl pin sana , pin sini , sampai atas, semua pin dah bukak. pakai pin kat leher je, alahai , selekeh gila laa opi masa tu. masa kat tengah2 sebelum sampai puncak, memang rasa nak menangis dah, tak maoo naik .. sumpah tak mou naik dah nanti T_T mcm2 laa opi membebel kat bawah tu before sampai puncak. nasib baik kuatkan semangat nak naik atas ni, alhamdulillah. Dari tenghari sampai maghrib baru turun bawah. Tengahari wei , kau rasa? Matahari memang atas sejengkal atas kepala kita je tauu, Panas dia Allah saja yang tahu., huhuu. Opi bukan p broga hills sorang2, opi g ngan crew photographer n videographer n pengantin sekali masa ni. Sebab nak shooting wedding atas ni . Gigih wei pengantin bawa baju naik atas T__T lepas tu jln atas bukit pakai kasut tinggi . fuhh. 
 Masa nak turun bukit tu, Nauzubillah.. tergelincir, terlanggar kawan semua ahh, memang tak larat dah nak turun, kepala lutut mengigil sakit . lepas tu tak pakai stoking, memang padan laa, pakai kasut converse tapi tak pakai stoking. Kami turun malam, memang tak nampak apa, sebab tu opi pegang beg kawan opi masa nak turun bawah sbb dia ada touchlight hp. and nasib baik kami turun bukan geng2 kami je, ada dua family ni sekali turun sama sama kami. Diaorg punya family aktif gila. Dah biasa hiking2 ni , so tiada masalah klu nak turun bukit berlari sekali pun . hahaa, okey, opi jeles gila waktu tgk diaorg turun bukit berlari wei, klu opi laaa, bukan berlari , bergolek.. memang tak nampak jalan masa tu ditambah pula dengan kaki dah mengigil teruk masa tu. 
Balikk je rumah, esok peha bengkak, walaaaweii, dah dua hari ni bengkak, asyik baring je kat rumah, nak turun bawah ke dapur pun malas dah sbb nak turun tangga pun mmg tak laratt, sakit gila T_T Bukan peha je sakit, bahu pun sakit sbb masa nak turun bukit haritu, opi tergelincir, tgn kiri berpaut kat batu besar sebelah kiri, waktu berpaut kat batu tu, tulang bahu terkehel sikit, huhuhu, sekarang opi sakit satu badan. tak boleh nak buat apa-.-' 
Ni la akibatnya, bila sebulan dua bulan dah habis study duduk rumah, duduk depan lappy mendesign n memblog je tetiba p naik bukit broga yg tinggi tu, memang sakit la kaki , tak exercise tetiba naik macam tu je T_T 

Pengajaran nya ialah , jangan malas sangat asyik duduk kat rumah mengemukkan badan, buat exercise supaya nak g mana mana badan dah steady -.-'
Takmou opi p Broga buat masa terdekat ni , sumpah sakit gila kaki , takut tisu dalam peha ni terkoyak je, tak pernah rasa sakit mcm ni T____T

SAVE THE DATE !
30 JANUARI 2016
HAIQAL AND LAILA
OFFICIAL PHOTOGRAPHER : SORFIENA SUZAINYE PHOTOGRAPHY + ASSISSTANT
VIDEOGRAPHER : TONALIMA PRODUCTION
CLIENT : HAIQAL AND LAILA
PAKEJ PHOTOGRAPHY AND VIDEOGRAPHY




Assalamualaikum. Blog opi nampak lain kan? Yaaa, opi tengah tukar tukar coding blog baru , opi suka blog yang simple gila, tapi ni.. macam berat sangat pulak kan? streeeesss gila dibuatnya, takpe takpe sabarr jappp. Buat sementara waktu je ni . Sabar okey anak anak ku sekalian. hahaha. Nanti opi tukar balik tauuu, *kot*

Opi suka design blog ni , tapi macam lambat, korang pun rasa macam tu ke ? ke internet rumah opi yang tengah masalah . kalau lambat ke apa apa ke ? kalau ada apa apa pandangan or pendapat.. memang digalakkan untuk bagitahu opi tau, jangan diam je. opi pun nak tahu pasal blog opi, tak ada la opi syok sendiri. hahaha. seriuss. takut kat lappy opi , nampak lain , okey je, bila sampai kat lappy korang, lain pula nampaknya, risau jugak opi dibuatnya T___T

Apa apa hal let me know okey kawan-kawan :)

Sebenarnya opi nak delete somehing ni , tapi tak reti. Buat kat blog satu lagi okey, tapi buat kat blog ni tak boleh, dia macam mmg dah terset numbering pages tu T_T macam mana eh nak delete.?
Cuba tengok bawah entry ni , ada klu kat home ada numbering page 1-7. haritu opi gantikan perkataan 'home' dengan 'older post' dengan numbering, skrg dah pakai template baru pun masih kekal ke? tak boleh nak ubah -.-' huhu anyone ?


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Berada Dalam Majlis Kesedihan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Tidaklah satu-satu kaum yang berada di dalam sesebuah majlis yang mana mereka tidak menyebut nama Allah padanya dan tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan majlis tersebut merupakan kesedihan, dukacita, dan penyesalan. Sekiranya Dia menghendaki, mereka akan diazab, dan sekiranya Dia mahu, mereka akan diampuni. (HR at-Tirmidzi No : 3302) 

Pengajaran:
1.  Pastikan dimana sahaja majlis atau program yang kita sertai atau berada, ia diberkati dan dirahmati.

2.  Majlis atau program yang diberkati itu di dalamnya disebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi.

3.  Majlis atau program yang di dalamnya tidak disebut nama Allah serta selawat ke atas Nabi – ia mendukacitakan dan menyedihkan

4.  Majlis atau program yang tidak disertai dalamnya nama Allah dan selawat ke atas Nabi dibimbangi mendapat azab dari Allah

JOM pastikan majlis yang disertai di dalamnya sentiasa disebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.


Opi nak tag Igs <<< budak kuat membebel lagi cute
Thanks kak Hafsah sebab tag opi :)
1 / 1 /  2016 - 8 / 1 / 2016
Pemilihan pemenang akan dibuat melalui random number service Random.org.


Assalamualaikum semuaa, haii . Apa azam korang tahun 2016 ni ? Nak kawin dengan anak raja ? Nak jadi tinggi? Nak berjaya? Semoga azam korang semua tercapai la ye, tapi jangan minta yang bukan bukan dah laa :D
Soo, harini, opi nak share sikit azam untuk tahun 2016....

Elakkan 6 penyakit di bawah :
Untuk berjaya dalam ape jua bidang yang kita ceburi , kita wajib atasi 6 masalah utama KULIT yang mesti kita cegah iaitu ::

1.KUDIS @ Kurang Disiplin
2.KURAP @ Kurang Rapi
3.KUPENG @ Kurang Pengetahuan
4.KUTEL @ Kurang Teliti
5.KUSTA @ Kurang Stamina
6.KUTU @ Kurang Tumpuan

Semua berpunca dari ::

1) KUMAN @ Kurang Iman
2) KULAT @ Kurang Solat

Dayana Zahari Banner
Last day to enter: 3 Jan 2016

Opi dah follow akak #2537
Done follow your instagram :)
my ig : @oppiependragon

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Selawat Memustajabkan Doa

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّى عَلَى النَّبِّيِّ (ص)

“Semua doa terhalang hingga diucapkan selawat ke atas Nabi” (HR al-Tabrani  No: 4523)

Pengajaran:

1.  Antara tanda kecintaan kepada Rasulullah ialah memperbanyakkan selawat ke atas baginda.

2.  Antara adab berdoa ialah mengiringi selawat di dalam berdoa

3.  Doa  mustajab apabila diiringi dengan selawat ke atas Nabi

JOM berselawat dalam doa kita. Kata hukama: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Assalamualaikum. Mari ramai ramai join Giveaway by Sis Dylla ni :) Klik banner for join okey :)
Seramai 5 orang akan dipilih secara cabutan bertuah.
Dan hadiah yang akan dimenangi adalah MISTERI.
Opi dah follow sis , #259
Tarikh tutup: 11.59pm pada 16/1/2016
tarikh tutup 15 JANUARI 2016 jam 12 malam

Assalamualaikum. Harini opi join segmen Bloglist & Blogwalking by Beautiful of Iman. Blogger Beautiful of Iman merupakan kenalan Opi juga, alhamdulillah. Marilah kita join ramai-ramai segmen ni :) tak susah pun syarat-syarat dia.
Oh ya, opi nak share sikit ilmu dengan korang semua, 
Selamat tahun baru tidak lupa juga untuk wish :)

Definisi Iman
Menurut bahasa iman bererti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah:
تَصْدِيْقٌ بِاْلقَلْبِ، وَإِقْرَارٌ بِاللِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِاْلأَرْكَانِ.
“Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.”

Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi’i meriwayatkan ijma’ para sahabat, tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.

Penjelasan Definisi Iman

Membenarkan dengan hati” maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Mengikrarkan dengan lisan” maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat “Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah” (Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad صلى الله عليه و سلم adalah utusan Allah)

Mengamalkan dengan anggota badan” maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya.

Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman. Dengan demikian iman itu boleh bertambah dan berkurang seiring dengan bertambah dan berkurangnya amal soleh.


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Dimakbulkan Apabila Diiringi Pujian Allah Dan Selawat

بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّيْتَ فَقَعَدْتَ فَاحْمَدْ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ قَالَ ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ

Ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama-sama kami (di masjid), tiba-tiba ada seseorang yang masuk lalu bersolat. Setelah itu, orang tersebut terus sahaja berdoa (dengan katanya): “Ya Allah, ampunilah dan sayangilah aku.” Maka Rasulullah SAW pun menegur: “Kamu terburu-buru wahai orang yang bersolat. Apabila kamu melaksanakan solat lalu kamu duduk, ucapkanlah pujian kepada Allah dengan pujian yang sewajarnya bagi Allah dan berselawatlah kamu kepadaku kemudian berdoa.” Setelah peristiwa itu, mereka yang lain apabila melaksanakan solat, mereka pun memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW. Maka Nabi SAW pun bersabda: “Wahai orang yang solat, berdoalah. Sudah tentu doamu akan dimakbulkan.” (HR at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 11/380, no. 3398)

Pengajaran:
1.  Adab berdoa hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah terlebih dahulu sekurang-kurangnya kalimat (Alhamdulillah)
2.  Adab berdoa seterusnya ialah berselawat ke atas Rasulullah SAW 
3.  Mukmin yang berdoa dengan dimulai dengan pujian kepada Allah diikuti dengan berselawat, nescaya doanya akan dimakbulkan.
JOM mulakan doa kita dengan pujian kepada Allah, berselawat ke atas nabi kemudian barulah berdoa meminta apa yang ingin diminta. Doa ditutupi dengan selawat dan diakhiri dengan pujian kepada Allah.

R E N U N G A N
(sebahagian dari kasih ALLAH kepada umat Muhammad)

Umur kita terlalu singkat
.. hingga ALLAH kurniakan  lailatul qadar untuk menambah umur amal.

Umur kira terlalu singkat
.. ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia puasa enam syawal spt berpuasa setahun.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia surah Al Iklas spt membaca sepertiga Al-Quran.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat diMasjidil Haram spr solat 100 ribu lebih dimesjid lain.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat berjemaah 27x lebih dr solat sendirian.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat sunat dirumah 25x lebih dr solat dimata orang

Hidup ini terlalu singkat
.. ALLAH kurnia satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.

Hidup ini terlalu singkat
.. ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermenafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir kealam kuburnya.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT.. JANGAN SIA-SIAKAN.


Klik banner for join ye kawan-kawan sekalian. Tiada tarikh penamat :)
Hai semua , blogwalking punya blogwalking tetiba terjumpa satu entry ni, Opi pun usha la tuan punya blog and yang menarik minat opi ialah , sis ni diploma in art n design same with me weiih :D
Department apa sis ? Grafik design eh ?

Opi follow sis #292 (SITI SORFIENA SYASHA)


Tag Question by Siti Syilah
1. Do you like anime? If so, what your fav anime?
Yes. First anime opi suka, Naruto. dari zaman kecik lagi Opi didedahkan dengan anime Naruto sbb family Opi semua layan Naruto :D Lepas tu opi mula minat One Piece, Fairy Tail, Bleach dan lain-lain 

2. Which place would you like to go?
Korea and Japan

3. List 5 fav of your movies/anime/cartoon.
1. How to Train Your Dragon 1/2
2. Parasyte movie n anime version
3. The Last / Boruto Naruto The Movie 
4. Hotel Transylvania 1/2
5. Minions

4. What you want to do in your life?
Happy ending :D

5. Which blogger you like most? Link their url here :)
1. Syamsid (http://syamsiddhuha.blogspot.my/)
2. _numigx (http://itsnumigx.blogspot.my/)
3. Farah Ain (http://franntsh.blogspot.my/)
5. Ninja (http://ukhti-ninja.blogspot.my/)

Tq Syila sebab sudi tag opi :)


Assalamualaikum
*tekan banner untuk join

Thanks Yoo sebab sudi tag opi :)
Tag rakan : _numigx
Nama panggilan dalam blog : Opi 
Tempoh pengalaman berblogging : 2011-2015. nak masuk 2016 sudah. Baru 4 tahun, masuk tahun depan 5tahun :)

Thanks Farah Ain sebab tag Opi :)
Opi nak tag : IGS , KELADI , HAFSAH
nama instagram opi : @oppiependragon
TARIKH TUTUP : 16 JANUARI 2015

Ini merupakan buku seorang blogger recehan bernama Aiman (www.aimaanbanna.com) yang pertama. Ia merupakan tribut dia untuk Ummah yang ter-chenta ini!
Henshin? Apakah itu...?
Henshin = Hijrah, berubah.
Buku ini mengenai apa?
Sebuah manual untuk perjalanan keluar daripada jahiliah melalui proses henshin lalu menuju ke jannah.
Itu penjelasan ringkas.

Buku ini mengenai kisah kita dan jahiliah,
Ketika iman turun, ketika itulah semua jenis dan genre dosa maksiat kita nak pulun. Istilahnya kalau disenaraikan seluruh dosa yang wujud atas muka planet bumi, semuanya kita dah cuba. Dosa yang berjuta kita dah tackle. Hebat ke tak pemaksiat macam kita ini?
Ketika kita lupa Tuhan, ketika itulah kita rasa kita Tuhan. Kitalah yang menetapkan halal dan haram sesuatu itu ikut suka kita. Iya lah sebab kita sudah rasa kita Tuhan, jadi seluruh alam semesta ini kita punya. Jadi segalanya akan ikut suka kita. Yang kita benci tolak tepi, yang kita suka sentiasa bersama.
Hasilnya, kita dalam jahiliah. Kita bergembira dalam berjahiliah.
Yep. Buku ini sesuai untuk anak muda dalam menunjukkan cara nak keluar dari jahiliah kemudian menuju jannah. Ianya mengenai cara membuka sayap di belakang untuk terbang menuju Tuhan.
Berikut merupakan komen orang yang dah baca dari muka depan hingga hujung patah kata buku.
"Ramai orang mahu berubah tapi mereka tidak tahu apa yang perlu diubah dan bagaimana cara hendak berubah. Buku #Henshin ini bagi saya adalah satu buku yang mampu untuk menjawab segala persoalan dan kekeliruan anda! Buku ini menggunakan bahasa yang santai, menyentuh perasaan pembacanya dan ada gaya yang tersendiri. Saya yakin siapa sahaja yang membaca pasti akan tersentuh hati dan dapat mencetus diri untuk berubah, inshaAllah. Henshin!" - Bro Adnin Roslan, Pengasas Tarbiah Sentap -
Dalam pengembaraan pembacaan buku #Henshin ini, anda akan melalui tiga fasa. Setiap bab dalam buku ini mewakili setiap fasa.
Bab 1 : Fasa pengenalan jahiliah anda.
Bab 2 : Fasa #Henshin anda.
Bab 3 : Fasa jejak Jannah.

Jom #Henshin!
Dakwah.
 beehazman

TARIKH : 25/12/2015 - 15/01/2016

Assalamualaikum, haii. lamaa betul opi tak update entry. Rindu sangat.
Harini opi join satu segmen oleh Beeha Azman
Terima kasih Beeha sbb jemput opi join segmen ni kat shoutbox ^_^
Terima kasih jugak kat Igs sebab tag opi :*
Yang lain-lain pun boleh join. tiada masalah :)

Opi nak tag