Petanda didatangi Kupu-kupu Putih


Assalamualaikum (السلام عليكم)
Kenapa tajuk Petanda didatangi Kupu-kupu Putih ? Oh sebab tadi , masa tengah buat kerja design, tiba-tiba terasa mcm something singgah kat bahu. Biasanya kalau rasa something, tangan ni cepat je libas or tampar . kali ni , rasa macam 'bialaa' . sekali pandang, "eh, kupu-kupu putih la, lawanyaa." serius lawa. nampak macam sparkle2. putih kelabu kilat kilat. lawa sangat.
Nak la jugak tengok dekat dekat, baru nak angkat bahu , dia dah terbang kat katil. mata ni melilau la jugak tengok2 kupu2 tu.

Mungkin ada banyak jenis kupu kupu yang berterbangan. Berbagai macam warna, bentuk sayap dan ukuran. Tapi tahukah kamu, ada beberapa jenis yg membawa petanda.

Kadang, ada kupu kupu yang seolah ingin 'bersahabat' denganmu. Dia datang satu kali, dua kali dan berkali-kali untuk memberi petanda untuk kehidupanmu. 

Kaukah orang yang beruntung itu?

Kupu kupu kuning akan membawa berita tentang kebahagian.

Kupu kupu hitam... berhati-hatilah. Dia membawa berita kematian.

Kupu kupu biru agak jarang muncul, tapi dia akan menghantar berita kesedihan . Tentang perasaan yang akan membawa ke permukaan dan membuatmu menangis. 

Kupu kupu putih ....

Perasaan ingin tahu pasal kupu-kupu membuak-buak. Terus buat research kat google type kupu-kupu putih . Banyak la jugak jumpa pasal kupu-kupu ni. Opi tertarik dengan ayat ayat tu,

Jika didatangi oleh kupu-kupu berwarna putih, bentuknya kecil dan biasanya datang pada malam hari, tandanya akan memperoleh rezeki dan hati senang.

Putih...

Petanda tentang sebuah hal baru yang indah- yang akan terjadi pada hidupnya.

Iya , baru.

Kehidupan baru.

.... yang akan dijelangnya bersama seseorang yg telah menjadi mimpinya sejak bertahun-tahun lalu.

Kerana, kupu kupu itu tak berniat untuk melakukan dusta, sedikit pun.




Wallahualam (والله أعلم ) . semoga Allah permudahkan urusan kita semua hari ini :)
InshaAllah


  • PS: Maksud Wallahu a'lam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب) = dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya (and Allah knows the right)




You may also like