Jambatan Kaca Terpanjang Di Dunia Kini Milik China

Oleh Izzat Ismail

Nampaknya satu lagi simbol kebanggaan bakal menjadi buah mulut terutama bagi masyarakat di China. Jika sebelum ini jambatan kaca Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat mencatatkan kedudukan pertama di dunia dengan sepanjang 219 meter, kini negara China sudah mampu berbangga apabila turut mempunyai jambatan yang tersendiri.



Menurut sumber, China telah berjaya berjaya mengatasi rekod berkenaan dengan terbinanya jambatan kaca pada ketinggian 375 meter dari atas tanah. Bukan itu saja, jambatan kaca ini merupakan terpanjang dan tertinggi dimana mencecah sejauh 430 meter.

Rekaan jambatan yang unik ini telah mendapat sentuhan seorang arkitek dari Israel iaitu Haim Dotan dan nilai pembinaan jambatan ini ‘menelan’ kos RM16 juta. Jadi kepada yang ingin menguji ketahanan gayat mereka bolehlah berkunjung ke jambatan disini kerana ianya akan dibuka pada bulan Mei tahun 2016. 



You may also like

No comments: