Al-Fatihah || Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Mangkat


Al­Fatihah 

JOHOR BAHRU – Anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, iaitu Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil telah disahkan mangkat, petang Sabtu.

Almarhum yang dilahirkan pada 5 Julai 1990 merupakan putera keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Untuk pengetahuan anda, Tunku Jalil telah menghidap penyakit kanser hati peringkat 4 sejak beberapa bulan yang lepas.

Berita kemangkatan Tunku Abdul Jalil turut disahkan ibu saudara baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosialnya.

Inna lillah wa inna ilaihi rojiun….. semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya Jalil yang baru mangkat kembali ke Rahmatullah…  Al-fatihah….,” tulisnya.


Menurut sumber daripada istana, jenazah Almarhum akan dibawa balik ke Istana Besar Johor di sini dan akan disemadikan dimakam DiRaja, Jalan Mahmodiah, pada Ahad selepas solat Zohor.


Al-Fatihah… 



You may also like

1 comment:

Syamsid Dhuha said...

( Syamsid Blog ) إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ