Sebenarnya ada 3 cara memotong kuku oleh 3 orang ulamak yang hebat. Iaitu Imam Nawawi, Imam Ghazali, dan Imam Ahmad. Ramai yang bertanya apakah cara memotong kuku mengikut sunnah..? Sunnah memotong kuku adalah memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.

Menurut pendapat Imam Nawawi:

Mulakan dengan tangan kanan, kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking, kemudian memotong kuku ibu jari; habis potong kesemua kuku di tangan kanan.
Kemudian potonglah kuku tangan kiri, dimulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - seterusnya ibu jari tangan kiri - complete.

Menurut pendapat Imam Ghazali:

Mulakan dengan tangan kanan.
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - ibu jari tangan kiri - kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari kanan.

Pendapat Imam Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata." (Boleh rujuk dalam kitab Kitab Al-Mughni)

'Mukholifan' bermakna tertib-tertib seperti yang ditunjukkan..

Menurut Imam Ahmad:

Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga.

Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil amalkan.

Wallahualam..
Mudah-mudahan bermanfaat... :)

Kredit : Lukisan Dakwah Islam 
Assalamualaikum and 안녕하세요 (annyeonghaseyo)

Hari ni aku nak share sikit gambar aku dengan kawan-kawan aku . Dah lama tak berjumpa dengan mereka ni . Tahap kerinduan aku kepada mereka, hanya Allah yang tahu betapa rindunya aku pada sahabat aku ni :)

Tak nak cakap panjang-panjang , lagi pun aku dah sambung belajar kat Kolej Teknologi Unifield , Melaka . Sambung belajar tu bukan lah bermaksud aku ambil diploma , tapi aku hanya ambil sijil asas je like Business Communication in English , Office Management , Computer Application and Computer Maintainance . Hah , banyakkan ? Padanlah pun yurannya mahal -_-"

Oke , gambar semalam tak banyak , tapi ini je la yang ada :) Jadi la ye :) 
Kepada STALKER , mohon sangat-sangat jangan curi gambar kami tau . Aku tahu banyak stalker kat luat sana -__- Hah , tengok tu , dia tengah baca blog ni ;3 haha #terkena.









Oke . Itu sahaja untuk hari ini :) Ada masa , kita berjumpa lagi :) Assalamualaikum and 안녕하세요 (annyeonghaseyo)
PENGENALAN

Teknologi  Kejuruteraan Mekatronik adalah hasil penggabungan teknologi elektronik, komputer dan  dan mekanikal. Perkembangan pesat industri berteknologi tinggi di Malaysia telah membawa kepada keperluan untuk melahirkan teknologis yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pelbagai disiplin kejuruteraan.

Melalui jangkamasa 3 tahun, pelbagai aspek latihan kemahiran asas yang menyeluruh dalam bidang mekatronik akan diberikan dengan penekanan kepada teknologi yang penggunaan sistem automasi dan robotik. Kursus yang dirangka oleh pakar dari Jepun dan Malaysia bermatlamat untuk melahirkan  teknologis yang berkebolehan menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan sistem dan teknologi elektronik,komputer dan mekanikal serta menyelengara peralatan industri berteknologi tinggi.
OBJEKTIF

Objektif Jabatan Teknolgi Kejuruteraan Mekatronik adalah  untuk melahirkan pelatih-pelatih:-

•    Berketerampilan menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan sistem  dan teknologi elektronik,komputer dan mekanikal.
•    Berkemahiran dalam menyelengara peralatan industri berteknologi tinggi
•    Berkebolehan dalam merekabentuk sistem automasi menggunakan pengatrurcaraan yang sesuai.
PENGENALAN

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik menawarkan Kursus Diploma Teknologi selama 3 tahun yang bertujuan untuk memberi latihan di peringkat tinggi teknologi bagi lepasan sekolah dan sijil.Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan bagi pekerja mahir dan separuh mahir dari industri yang berkaitan.

Program di jabatan ini direkabentuk dengan kerjasama dari pakar Jepun yang bermatlamat untuk memberikan asas yang kukuh didalam   bidang elektronik,teknik pengaturcaraan ,mikro-pemprosesan dan sistem kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama di dalam industri pengeluaran,pembuatan dan telekomunikasi
OBJEKTIF

Objektif Jabatan Teknolgi Kejuruteraan Elektronik adalah :-

Merekabentuk dan membangunkan kurikulum serta melaksanakan program-program latihan jangka panjang dalam bidang kejuruteraan elektronik perindustrian dan telekomunikasi.
Memberi pelajar asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutamanya di dalam bidang pengeluaran, pembuatan dan telekomunikasi.
Memastikan pelajar berkebolehan untuk membaikpulih peralatan elektronik,merekabentuk PCB, menganalisa litar elektronik,menggunakan penderia bagi pengawalan sistem automasi kompleks dan membina sistem rangkaian telekomunikasi.