Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

PENGENALAN

Teknologi  Kejuruteraan Mekatronik adalah hasil penggabungan teknologi elektronik, komputer dan  dan mekanikal. Perkembangan pesat industri berteknologi tinggi di Malaysia telah membawa kepada keperluan untuk melahirkan teknologis yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pelbagai disiplin kejuruteraan.

Melalui jangkamasa 3 tahun, pelbagai aspek latihan kemahiran asas yang menyeluruh dalam bidang mekatronik akan diberikan dengan penekanan kepada teknologi yang penggunaan sistem automasi dan robotik. Kursus yang dirangka oleh pakar dari Jepun dan Malaysia bermatlamat untuk melahirkan  teknologis yang berkebolehan menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan sistem dan teknologi elektronik,komputer dan mekanikal serta menyelengara peralatan industri berteknologi tinggi.
OBJEKTIF

Objektif Jabatan Teknolgi Kejuruteraan Mekatronik adalah  untuk melahirkan pelatih-pelatih:-

•    Berketerampilan menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan sistem  dan teknologi elektronik,komputer dan mekanikal.
•    Berkemahiran dalam menyelengara peralatan industri berteknologi tinggi
•    Berkebolehan dalam merekabentuk sistem automasi menggunakan pengatrurcaraan yang sesuai.


You may also like

No comments: