Teknologi Kejuruteraan Elektronik

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik menawarkan Kursus Diploma Teknologi selama 3 tahun yang bertujuan untuk memberi latihan di peringkat tinggi teknologi bagi lepasan sekolah dan sijil.Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan bagi pekerja mahir dan separuh mahir dari industri yang berkaitan.

Program di jabatan ini direkabentuk dengan kerjasama dari pakar Jepun yang bermatlamat untuk memberikan asas yang kukuh didalam   bidang elektronik,teknik pengaturcaraan ,mikro-pemprosesan dan sistem kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama di dalam industri pengeluaran,pembuatan dan telekomunikasi
OBJEKTIF

Objektif Jabatan Teknolgi Kejuruteraan Elektronik adalah :-

Merekabentuk dan membangunkan kurikulum serta melaksanakan program-program latihan jangka panjang dalam bidang kejuruteraan elektronik perindustrian dan telekomunikasi.
Memberi pelajar asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutamanya di dalam bidang pengeluaran, pembuatan dan telekomunikasi.
Memastikan pelajar berkebolehan untuk membaikpulih peralatan elektronik,merekabentuk PCB, menganalisa litar elektronik,menggunakan penderia bagi pengawalan sistem automasi kompleks dan membina sistem rangkaian telekomunikasi.


You may also like

No comments: