Melihat dia dari jauh, sudah cukup buat aku terpegun. Sesekali mata menjeling, cuba mengimbas mana yang sempat pada susuk tubuhnya. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.

Dia melangkah rapi, umpama  langkah seekor kucing yang menyilangkan kaki pada setiap hayunan langkahnya. Rapi dan teliti. Saat angin menghembus lembut pada wajahnya, terbang rambut panjang yang dibiarkan lepas tanpa diikat, mahupun ditutup. Hitam bersinar tatkala disuluh cahaya mentari.

Pakaiannya canggih, moden, dan terkini. Menyarung kemeja sendat berwarna ungu, sambil digayakan dengan seluar slack panjang berwarna hitam, serta digayakan dengan tumit tinggi berwarna hitam berkilat bertakhtakan batu permata, juga beg tangan berjenama mahal dikepit pada lengannya. Sungguh melambangkan wanita korprat. Sesekali mendabik dada tatkala berselisihan dengan sesiapapun, menandakan dia berkeyakinan tinggi. Pandangan matanya tertancap ke hadapan, seolah-olah melihat matlamat yang ingin dicapai dan dilaksanakan untuk hari ini. Hebat sungguh wanita ini.


Namun, kekesalan mula terserlah, bila dia tidak tahu yang sebenarnya dia cantik. Sayang seribu kali sayang, dia tidak tahu. Wajah yang indah, serta tubuh badan yang mampu menggetarkan iman sang arjuna, itu dia tidak sedari dan tidak tahu.

Sebab apa dia tidak sedar dan tahu? Kalau dia tahu dan mengerti akan kecantikan dirinya, sudah tentu dia tak perlu membuka dan mendedahkan kecantikannya kepada umum. Tidak perlu dia ralit menghebahkan dan memperagakan susuk tubuhnya pada pandangan mata bukan pada orang yang selayaknya. Kalau dia tahu akan kecantikannya, sudah tentu dia tidak perlu menghebahkan kepada orang lain, orang lain sendiri akan menilai dan menyedari akan kecantikan dirinya. Cukup baginya menutup apa yang haram pada pandangan mata. Itu penilaian umum untuk menjatuhkan hukum kecantikan padanya.

Hari ini ada wanita yang sudah terlalu murah. Mempamer susuk tubuh pada umum, setiap inci ruang tubuh ingin didedahkan. Semakin hari semakin hebat hebahan dan tayangan dilakukan. Demi mengail pandangan arjuna padanya. Supaya sang lelaki melihat dan kagum akan kecantikannya. Supaya lelaki memuji dan memujanya.


Wanita, usah kau berlumba-lumba memurahkan maruah mu. Jagalah sebaik mungkin. Tiada lelaki yang berminat menjadikan kau suri hidupnya bila kau sudah rosak dan murah akhlak. Tiada lelaki berminat untuk menanggung dosa kau yang sibuk melaram bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki luar yang tiada hak keatas kamu.

Ingat wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak  dipandang lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT...

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Azam Aziz adalah seorang yang masih lagi belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menuntut dalam bidang Pendidikan Teknologi Maklumat, dan minor Pendidikan Sejarah. Minat dalam bidang penulisan, terutamanya sastera dan motivasi. Sering terlibat dengan program motivasi untuk pelajar sekolah. Meminati bidang sastera, psikologi,sejarah, sosial dan pendidikan. Beliau berkongsi karya di http://jiwahakir.blogspot.com/.

Luqman Hakim adalah seorang genius yang disebut dalam al-Quran. Kisah beliau diabadikan dalam sebuah surah bernama Luqman, yang mengandungi 34 ayat.

Tuhan memaklumkan dalam ayat 12 surah Luqman,

"Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)."

Apakah itu hikmah? Hikmah sering dikaitkan dengan sifat arif dan bijaksana. Ia dimiliki oleh orang berilmu, namun tidak semua orang berilmu memilikinya.

Menurut penulis Ruh al-Bayan, hikmah adalah ketepatan dalam memilih yang benar dengan lisan, ketepatan dalam berfikir dengan bantuan anggota badan dan ketepatan bergerak dengan anggota badan. Sekiranya berbicara, Luqman berbicara dengan hikmah. Sekiranya berfikir, beliau berfikir dengan hikmah dan sekiranya bergerak, beliau bergerak dengan hikmah juga.

Ramai orang bertanya kepadanya, "Daripada siapa tuan mempelajari hikmah?" Jawab Luqman,"Saya mempelajari hikmah daripada orang-orang bodoh, dan orang-orang bodoh. Saya melihat ada cacat pada diri mereka lalu saya berusaha menjauhinya."

Thomas Edison adalah seorang inventor yang berjaya mencipta mentol lampu pada tahun 1879. Sebelum itu 9999 cubaannya tidak berjaya. Namun kata beliau,"Saya tidak gagal. Saya berjaya menemui 9999 cara yang tidak menghasilkan mentol lampu." Dalam cubaannya yang ke-10,000 barulah mentol lampu beliau menyala.


Kata bijak pandai, kehebatan seorang pemikir terletak pada kemampuannya meneka dengan tepat hasil sesuatu tindakan. Itu adalah salah satu ciri hikmah. Sebab itulah pemikir yang hebat secara tepat sentiasa berjaya menghasilkan sesuatu. Bagaimanakah cara kita dapat meneka secara tepat apa yang akan berlaku? Salah satu caranya ialah melihat apa yang sudah berjaya dan apa yang tidak.

Namun dalam kes Thomas Edison, didapati ada lebih banyak cara yang tidak betul berbanding cara yang betul, dengan nisbah 9999:1.

Dalam hidup, boleh jadi yang lebih penting ialah berusaha meninggalkan apa-apa yang tidak betul, bukannya lebih mencuba apa-apa yang kita sangka betul.

Luqman Hakim menjadi bijak dengan melihat kebodohan pada orang lain dan kemudian berusaha tidak melakukannya. Beliau sudah melihat sesuatu yang bodoh, lalu berusaha supaya dirinya tidak mengulang kebodohan itu.

Dalam kes Thomas Edison, beliau juga tidak mengulang kesilapan. Namun 9999 kesilapan itu terpaksa dilaluinya sendiri terlebih dahulu. Boleh jadi sebelum itu, tiada sesiapa pernah cuba mencipta mentol lampu. Jadi Thomas Edison tidak dapat belajar daripada kesilapan orang itu. (Boleh jadi juga sebelum itu kitab cara-cara mencipta mentol lampu sudah ada, namun telah dibakar oleh orang-orang Mongol).

Apapun, Thomas Edison terpaksa menghabiskan masanya bagi melalui 9999 kesilapan sambil berusaha tidak mengulang 9999 kesilapannya sendiri itu. Sehinggalah pada suatu hari beliau berjaya menemui satu cara yang betul. Nasib baik usianya panjang. Beliau berjaya menyudahkan 10,000 eksperimen.

Nasib kita mungkin tidak sebaik Thomas. Boleh jadi tempoh usia kita tidak panjang. Maut sentiasa mengikut kita di belakang. Setiap hari ia semakin dekat. Masa kita semakin kurang, jadi kita perlu bijak memanfaatkan apa yang sedikit.

Meneladani Luqman Hakim, genius yang disebut dalam al-Quran, lebih baik kita belajar daripada orang, dengan tidak mengulanginya kebodohan mereka. Jangan juga kita jadi seperti Thomas Edison yang terpaksa belajar daripada kesilapannya sendiri.

Pada pendapat saya, boleh jadi itu antara kebaikannya alim ulamak menasihatkan kita supaya berguru dengan orang. Tidak cukup hanya berguru dengan buku.

Manusia itu sentiasa belajar. Guru yang terbaik sudah tentulah orang yang bijaksana dan berhikmah. Kerana mereka sentiasa belajar daripada kesilapan orang dan kesilapan mereka sendiri.

- Artikel iluvislam.com

Artikel ditulis oleh Puan Rihan Hashim. Beliau ada seorang penterjemah. Layari tulisan beliau penuh ilmu dan hikmah di http://rihanhashim.net.
Assalamualaikum semua .

Oppie join aktiviti ni , so , kalau korang nak join , klik je dekat tangan tuu :D
okey , sebelum tu , Oppie berasal dari KL , wilayah persekutuan :)

dengan ini , Oppie nak tag 5 sahabat blogger Oppie :)

- Shazana
- Sis Yui
- Afiqa -
- Sofea
Dalam erti kata lain, seorang pencuri akan kenal pencuri. Orang yang baik akan cenderung kat orang yang baik. Orang-orang yang periang akan berada dalam kelompok orang-orang yang periang. Entri ini sedikit sebanyak ada kesinambungan juga dengan entri silam, iaitu Tidak pernah bertemu, bisakah mengenal?

Perkara ini basic. Ada orang boleh rapat dengan orang-orang tertentu sebab mereka dapat kenal orang-orang yang sama ataupun satu kepala dengan mereka.

Apa yang bestnya dengan kemampuan mengenal ini adalah, anda tak akan kisah apabila orang lain di luar sana tak fahami diri anda, susah nak berinteraksi ataupun selalu mempunyai masalah (have issues) dengan diri anda. Sebab anda tahu tak semua orang macam itu.

Itupun kalau anda jumpa that special someone(s). Bagi orang-orang yang masih tak jumpa orang-orang yang sama 'wavelength' dengan diri mereka, memang hidup akan susah sedikit. Rasa pelik. Serba salah nak hadapi hidup. Apa-apa pun saya doakan kalian dapat menjumpai orang-orang tersebut.

Bagi saya, kalaulah seluruh dunia membenci kamu, tapi ada seorang yang masih tetap percaya kamu, itupun dah memadai. (walaupun sebenarnya cukuplah Allah bagi kita)
Perasaan adanya orang-orang yang mempercayai kita itu best. Ada sense of belonging. Itu yang sampai orang boleh keluarkan kata-kata seperti, "tempat aku kat sini."

Lagi satu perkara yang best adalah, mengenal orang ini membawa keseronokan. Katakanlah anda tahu kewujudan A dan B, dan mereka ini anda dapat rasakan satu kepala dengan anda. Tapi apabila anda cerita pada orang lain, mereka langsung tak kenal, tak nampak potensi yang ada pada A dan B ini. Hanya anda sahaja yang nampak potensi A dan B, sebab kemungkinan besar A dan B pun macam diri anda sendiri jugak, itulah sebabnya anda cenderung pada  A dan B. Dan suatu masa nanti, bila terbuktilah A dan B ni potensi mereka terealisasi, anda rasa puas dan seronok sebab pandangan anda tak salah. Ataupun anda kenal dengan orang lain yang nampak potensi A dan B - itupun sebenarnya boleh buat anda rasa puas.


Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Hanya orang-orang yang mempunyai pengetahuan tahu membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah. Kadang-kadang ada orang sampai pernah cakap,

"Orang-orang yang tahu, akan mampu mengenal orang-orang yang bodoh, tapi orang-orang yang bodoh tak akan dapat mengenal orang-orang yang tahu"

Kata-kata ni bukan nak buat anda riak. Kalau anda rasa anda boleh membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah, baguslah kalau macam tu. Tapi dalam masa yang sama pupuk rasa rendah diri. Sebab boleh jadi kita sekarang ni yang bodoh dalam sesetengah perkara, dan kebodohan kita itu memang sangatlah jelas kelihatan di hadapan orang-orang yang mengetahui. Dan kita tak sedar. Faham tak?

Bahawa akan sentiasa ada orang yang lebih mengetahui daripada kita.

Sebab bukan apa. Misalnya, Mungkin ada orang gelabah pergi depan anda cerita pasal macamana seorang lelaki yang mempunyai body tough sebab bodybuilding jadi pasti ramai aweksuka. Ataupun bagi perempuan, kawan anda pergi depan anda cerita pasal make-up itu ini, nak kasi cantik supaya lelaki-lelaki akan pandang anda.

Berdasarkan apa yang anda tahu, orang yg lebih kuat tu adalah orang yang dapat tahan marah dia. Membina kekuatan tubuh badan, fizikal tu bagus tapi bukanlah untuk aweks tapi sebab Allah lebih suka mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.

Make-up atau berhias, adalah sepatutnya untuk suami, bukan untuk balak-balak di luar sana. Ok mungkin asal-asalnya anda bolehlah buat muka selenga dengar perbualan tersebut, sebab anda tahu mereka ni orang-orang yang tak faham, keadaan sekeliling yang menjadikan mereka jahil. Tapi bila anda pula jadi 'target' mereka sebab tak sama prinsip dengan mereka, ianya akan membuat anda rasa tidak selesa. Kadang-kadang anda juga mungkin boleh terfikir seperti ini

'Eh bongok dan bodohnya lah korang ni. Obvious kot aku lain daripada korang, disebabkan beberapa perkara yang aku tahu dan pegang. Nanti aku cerita sebab-sebab tu mahu putus kawan pulak nanti, silap haribulan aku cakap kat korang hanya sebab nak tunjuk aku lebih hebat dan faham agama'

Kalau jadi macam tu,cepat-cepatlah beristighfar. Always keep your head cool.
Ada peringkat-peringkat dia nak nasihat orang ni.


Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan. Allah itu adil dan Dia sukakan keadilan. The list goes on..

Tahu tak sebenarnya macam mana cara kita pandang orang lain, macam itulah yang sebenarnya menggambarkan diri kita. Apabila kita memandang orang lain dengan penuh hasad dengki, hal yang demikian secara tak langsung menggambarkan betapa busuknya hati kita. Kalau kita pandang orang lain dengan kasih sayang, dengan sangkaan-sangkaan yang baik, mudah-mudahan kita digolongkan dalam orang-orang yang baik. Mungkin kalau sekarang kita masih jahat, tapi dengan melatih diri kita untuk bersangka baik dan seumpamanya, kita mengharapkan Allah - Tuhan yang Maha Halus dan Maha Teliti dalam setiap perkara yang Dia perbuat, Sebaik-baik Pendidik, akan berkenan menghiasi diri kita dengan sifat-sifat terpuji dan memudahkan kita mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Kenapa kita selalu nampak kesalahan orang lain jauh lebih banyak daripada kita nampak kebaikan seseorang? Nabi pun masih menyuapkan makanan kepada nenek tua buta yang selalu sahaja mencela Nabi di hadapan baginda sendiri.

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik dan apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."
(Fussilat : 34-35)

Jadi antara tanda-tanda orang-orang yang sabar adalah, mereka mampu menolak kejahatan dengan cara yang baik, dan berdasarkan firman Tuhan, merekalah orang-orang yang mendapat bahagian besar dari kehidupan dunia dan akhirat.


Tuhan mengajar kita untuk bersikap optimistik dan percaya kepada kebesaran-Nya, percaya kepada kuasa yang ada pada-Nya dan percayakan kehendak-kehendak-Nya yang tak sepatutnya dipungkiri atau dinafikan oleh sesiapapun. Tuhan menyuruh kita membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah. Memberikan hukuman sebagaimana yang diperintahkan, tanpa menambahnya dengan cercaan-cercaan dan hinaan-hinaan yang tak sepatutnya. Dalam agama ini, hukuman adalah peringatan, sebagai suatu bentuk pendidikan, bukannya ruang untuk mencaci dan memaki.

Dari Abu Hurairah r.a. lagi, katanya: "Nabi s.a.w. didatangi oleh sahabat-sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum arak. Kemudian beliau bersabda: "Pukullah ia -sebagai hadnya-." Abu Hurairah berkata: "Di antara kita ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan terompah -sandal- nya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah orang itu pergi, lalu sebagian orang banyak itu ada yang berkata: "Semoga engkau dihinakan oleh Allah." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan berkata demikian itu, janganlah engkau semua memberikan pertolongan kepada syaitan -dengan menghinanya, sehingga ia menjadi ingin minum arak lagi." (Riwayat Bukhari)

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Muhammad Maherilham Alias Merupakan Seorang pelajar tahun akhir di Volgograd State Medical University, Russia. Beliau berkongsi karya di http://maherilham.blogspot.com.


Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan selesa dengan anda.

Berikut kami kongsikan tentang 4 mitos berkaitan jerawat dan kulit :

Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.

Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.

Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.

- Artikel iluvislam.com


Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.

Antaranya ialah:-

1.Terlalu fokus

Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2.Masalah mata

Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

3.Sistem pencahayaan yang tidak baik

Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.


4.Bekerja lebih masa

Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip

Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

- Artikel iluvislam.com
Di sudut sepi,
Aku termenung sendiri,

Hati bertalu lontarkan pertanyaan,
Otak ligat mencari jawapan.

Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar ianya satu dosa,
Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya.

Ya Allah,
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing.

TakdirMu melebihi segalanya,
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati.

Aku merindui, aku menangisi,
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati.


Dia menolak aku dengan sopan,
Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan,
Aku tersenyum walaupun terkilan,
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya.

Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya.

Amin. 

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Nur Aliaa Binti Muhamad Najid Menuntut di UiTM Perak. Ingin menjinakkan diri dalam bidang penulisan.


Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.

Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.

Rawatan Awal

Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.

Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting.

Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.

Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.

Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.

Rawatan Laser

Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/aesthetic, kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida) atau Erbium Yag.

Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser.

Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori-pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara 6 ke 8 minggu.

Tips Jerawat

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuran juga mempunyai antioksidan yang tinggi.

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.

Rawatan Lain

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.

Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka.

Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan micro-dermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut.

Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak 3 ke 5 sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.

Jerawat di Badan

Untuk merawat jerawat di badan, anda dinasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit.

Semasa rawatan antibiotik, anda perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.

Rawatan Terkini

Untuk rawatan terkini, terdapat 2 jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.

- Artikel iluvislam.com


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang . Segala puji bagi Allah , Tuhan Sekalian Alam. Yang memerintah hari pembalasan(akhirat). Engkau tuhan yang ku sembah dan tuhan tempat aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus. Jalan yang telah engkau berikan kepada mereka (orang-orang yang beriman dan beramal soleh) . Dan bukan jalan orang-orang yang sesat (Kristian) dan jalan orang-orang yang engkau murkai (yahudi)... Amin

Assalamua'laikum.

Kepada para sahabatku sekelian, pada kesempatan ini ingin saya kongsikan sesuatu perkara yang mungkin sudah ramai yang telah mengetahuinya dan mungkin ada juga belum mengetahuinya iaitu khasiat susu kambing – satu sunnah yang semakin dilupakan.

Sabda Rasullah s.a.w, " Tidak ada seorang nabi pun yang tidak terkecuali terlibat di dalam pengembalaan kambing". Kemudian bertanya sabahat, apakah tuan juga pengembala kambing? jawab Rasullah, "Ya.saya juga pengembala kambing untuk penduduk Mekah "

Kenapakah kambing menjadi pilihan Allah untuk disebut didalam Al-quran. Ini adalah kerana,kesukaran mengembala kambing agar sentiasa duduk di dalam jemaah merupakan satu ujian Allah untuk melatih para nabi tentang erti kesabaran. Seperti yang anda semua tahu menternak kambing bukanlah mudah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, jika seorang nabi yang bakal menjadi nabi lulus dalam ujian berkenaan, maka Baginda mampu untuk mendidik umatnya yang mempunyai pelbagai ragam.

Jika kita lihat, susu kambing sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia mempunyai enzim-enzim yang penting untuk manusia serta mengandungi pelbagai jenis vitamin, protein yang boleh menjadi ubat bagi penyakit-penyakit seperti allergik, radang sendi dan lain-lain malah, ia juga amat sesuai untuk diamalkan oleh warga emas. Disamping itu, susu kambing juga begitu khasiat kepada bayi yang terkena penyakit kuning dan dapat mempercepatkan proses penyembuhan dengan izin Allah.

Bagi penghidap penyakit insomnia (susah tidur malam) pula,amalan meminum segelas susu kambing panas sebelum tidur merupakan amalan Rasulullah yang menyebabkan nabi mudah tidur dan mudah juga berjaga untuk bersembahyang malam.

Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan". Menurut fakta sainstifik, susu kambing mempunyai khasiat yang dapat memanaskan tubuh badan. Apabila seorang kanak-kanak itu meminumnya, badannya akan menjadi suam dan toksik-toksik di dalam badannya akan keluar bersama air besar dan akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan membesar dengan sihat.

Pada asasnya, susu berperanan memberi kekuatan tubuh badan kepada bayi dan dapat meningkat daya IQ seorang bayi. Ini adalah kerana ketika bayi berada di dalam tempoh penyusuan, otak dan minda bayi sedang berkembang dengan pesat . Ketika itulah bayi dikatakan sangat memerlukan protein dan badannya memerlukan antibodi yang banyak.

Pakar- pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dengan susu kambing hampir sama antara kedua-duanya. Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya, sama dengan peratus lemak susu ibu.  Dari segi protein nya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan peratusan protein yang dapat di estrak daripada susu ibu. Kerana itulah, pada zaman Nabi S.A.W, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Sebab itulah, amalan meminum susu kambing ini amatlah digalakkan kerana ia mempunyai hikmah yang cukup besar dan berpontesi melahirkan anak yang SUPER (yang hebat, cerdik ,cerdas, dan IQ yang tinggi). Pada zaman ini, amalan ini sudah kurang kita lakukan sebabnya kita semakin jauh meninggalkan sunnah ini.

Bagi orang dewasa, manfaat susu kambing adalah amat banyak untuk dirungkaikan. Antaranya susu kambing ini bersifat pelawas dan amat berguna untuk memudahkan proses penghadaman , ia juga dapat merawat penyakit sembelit dengan segera.

Menurut "Kitabul-alttaimah" menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Iman Muslim, telah disebut secara jelas bahawa minuman yang paling disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah susu kambing dan menjadi sunnah bagi kita yang mencintai Rasullah s.a.w menjadikan amalan meminum susu kambing sebagai minuman harian kita yang sihat lagi berpahala (kerana mengikut sunnah).

Dalam hadis lain, Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).

Dalam al-quran ada disebut "Dif'un Mamanafiq" yang bermaksud memanaskan. Sebab itulah molekul-molekul susu kambing ini tidak akan hilang walaupun kita menyejukkannya kerana ia mengandungi kalori yang tinggi. Apabila kalorinya tinggi, ia dapat membekalkan tenaga yang banyak kepada badan serta memanaskan darah. Sebab itulah Nabi s.a.w sangat suka meminum susu kambing kerana Baginda tahu akan kelebihannya.

Disamping itu, susu kambing juga membekalkan kekuatan tenaga batin kepada kaum lelaki dan kaum perempuan. Mungkin ini dapat menyelesaikan masalah mereka yang belum mempunyai anak atau bagi mereka yang berhasrat untuk meramaikan lagi bilangan anak. InsyaAllah dengan mengamalkan amalan meminum susu kambing, kita akan peroleh kesejahteraan, selain melahirkan zuriat-zuriat yang baik , cerdik dan pintar.

Jika sesuatu itu merupakan sunnah Nabi, pasti ada hikmat disebaliknya, seperti digambarkan bahawa, Nabi tidak bercakap mengikut hawa nafsu nya tetapi baginda sentiasa melakukan sesuatu berlandaskan kepada wahyu allah semata-mata.

Itulah keindahan Islam. Cuma sekadar susu kambing yang biasa namun mempunyai banyak manfaat dan kebaikan yang dapat diperolehi daripadanya, itulah kuasa Allah s.w.t, Yang Maha menjadikan sesuatu penuh dengan hikmah dan tidak pernah terlintas di akal fikiran. Wallahualam.



Sumber imej : Google Image

-Artikel Iluvislam.com


Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Di bawah ini terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.


  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl Peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

- Artikel iluvislam.com



Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak. Kita tidak boleh memaksa badan simpan lemak dimana-mana. Tapi bagaimana untuk kurangkan saiz lengan?

1. Senaman Pemberat Untuk Lengan?
Sudah tentu ada pelbagai senaman yang anda boleh lakukan untuk membina dan kuatkan otot pada lengan tangan. Contoh senaman adalah seperti: reverse curls dengan dumbbell atau barbell atau peralatan senaman seperti hand-grips.Tapi adakah senaman pemberat dapat kurangan saiz lengan atau tambah lagi saiz?! Seperti yang kita tahu, senaman pemberat melatih dan besarkan otot lengan tangan so secara teori, lengan anda akan bertambah saiz! Jadi tak sesusai? Well sesuai untuk kentalkan isi lengan tapi latihan pemberat tidak dapat membuang lemak berlebihan

2. Urut Traditional. Adakah terapi mengurut dapat kurangkan atau pecahkan lemak pada bahagian lengan? Jom kita teliti:

  •  Kurangkan lemak? Tak boleh. Urut tidak dapat membuang lemak pada mana-mana bahagian. Kalau diurut dengan minyak buang angin, minyak sapi ataupun halia etc, yes mungkin ia dapat panaskan permukaan kulit atau serap air nak ke kulit untuk kentalkan kulit (jangka masa pendek). Fikirlah: lemak itu “pejal”, kalau urut kuat macamana pun, lemak tu nak keluar kat mana?
  • Pecahkan lemak? Mungkinlah tapi sama macam fakta sebelum ini, kalau terapi urut dapat pecahkan lemak tu sekalipun, lemak tu tak ke mana!

Jadi urutan bukanlah jawapan untuk kecilkan lengan tangan.

3. Liposuction? Sudah tentu kaedah liposuction dapat kurangkan lemak pada mana-mana bahagian, termasuk lengan tangan tapi ia sangat mahal, prosedur yang invasive dan bukanlah jawapan untuk jangka masa panjang.


4. Kurang lemak melalui kalori defisit? Yes itulah satu-satu cara untuk mengurangkan lemak pada lengan atau mana-mana bahagian badan. Ingat kita tidak boleh buang lemak pada satu-satu bahagian jadi ia adalah proses yang menyeluruh. Kalori defisit adalah keadaan dimana pengambilan kalori (pemakanan) tidak melebihi pengeluaran (aktiviti harian, termasuk senaman)

Contoh: Kalau pengambilan kalori melalui makanan adalah 2,000 kalori tapi output kalori adalah 2,400 – maka adanya defisit kalori sebanyak 400. 400 kalori itu akan dibakar atau diambil daripada lemak simpanan badan. Adakah di akan bakar 400 kalori itu daripada lemak lengan? Tak semestinya. Kita tidak boleh memaksa badan tapi apa yang anda boleh lakukan? Terus amalkan defisit kalori untuk membakar lemak. Lama-kelamaaan, ia akan membakar lemak pada bahagian lengan tangan juga.

5. Wajip bersenam? Tidak! Untuk kurangkan lemak pada lengan atau berat badan secara am, senaman tidak wajib. Kenapa pula? Kerana yang penting adalah kalori defisit. Selagi pengambilan makanan tidak melebihi aktiviti harian (pembakaran kalori) maka senaman tidak wajib (contoh: bulan puasa). Tapi sudah tentu, senaman seperti aerobiks, berjalan, jogging dan lain-lain mempercepatkan usaha anda.
Bagi saya, satu-satu cara untuk kurangkan lemak adalah melalui pengawalan kalori – pemakanan dan senaman. Untuk panduan yang teliti, silalah rujuk kepada eBook saya yang berjudul – Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
Saya rasa sudah ramai yang bertanya tentant cara-cara untuk kecilkan atau kurangkan lemak pada lengan tangan.

- Artikel iluvislam.com



Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.

Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.

Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.

Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.

1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?

Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.

Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?

Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

3. Anda selalu dan mudah terlupa?

Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.

Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.

4. Tekanan darah anda semakin meningkat?

Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.

Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.

Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.

- Artikel iluvislam.com

Assalamualaikum , Apa khabar kawan-kawan ku semua ? Harap - harap korang sihat-sihat belaka kayy :)
Sebelum tu , Ash nak minta maaf kat Kak Mas dan Geng Fiqra semua sbb Ash dah jarang tegur korang , sorry sangat-sangat . Ash bukan apa , Ash tak tahu nak sembang apa ngan korang :) serius ...

1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
From Kak Mas punya blog :)

2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
Nak berkenalan dengan kawan baru . InsyaAllah .

3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
Siti Sorfiena Syasha Bt Muhamad Suzainye . okeyy , itu nama betul kayy kak mas :) tak tipu ni ^,^

4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
Dengan sukacitanya dimaklumkann bahawa umur saya pada 31 Julai ni akan mencecah 17 tahun maaa :)

5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
Selama saya hidup ye ? hurm, Cita-cita saya selalu berubah-rubah lahh :( 
Kadang-kadang nak jadi POLIS , kadang-kadang nak jadi ASKAR , haritu pernah terfikir nak jadi ARKITEK , hari tu juga pernah terfikir nak jadi PRAMUGARI , semalam terfikir nak jadi BISNESWOMEN , semalam juga ada terfikir nak jadi PHOTOGRAPHER . So , hehe , saya tak tahulah nak jadi apa ? kena tengok keadaan dulu , kalau SPM ni elok result nya , baru lah ikut haluan tuu :)

6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat?
Ya Allah , boleh jadi giler kalau kena fitnah macam tu , huhu . Gelabah siot kalau kena fitnah macam tu . Menangis pon ada , sakit mental apatah lagi . Sanggup orang tu buat kita macam ni , T_T

7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
Sikit-sikit :)

8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
Cabaran ? boleh lahhh ~ cthnya : cabaran menghadapi alam remaja , or cabaran menghadapi peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia . Itu cabaran kan? :) oh maii .... :/

9) Awak makan sehari berapa kali?
maybe 3 kali sehari .

10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
1. Khusuk dlm solat ,
2. Memohon maaf sesama manusia ,
3. Private semua acc yg sedia ada seperti fb , twitter , pureblogger , myspace dan etc.
4. Gembirakan semua orang di sekeliling ash.
5. Memohon keredhaan dari Allah S.W.T . insyaAlla .

17 Mac adalah tarikh akhir untuk submit entry ni .
Sekian dari saya :)