Kebanyakan gadis sering menitikberatkan penjagaan  kecantikan luaran semata seperti menjaga cara pemakaiannya, solekan dan sebagainya. Hingga ada kalanya terlupa kecantikan dalaman itu adalah lebih penting. Mudah sahaja caranya tanpa perlu mengeluarkan wang dan tenaga. Jom mulakan dari sekarang!

 Minum Banyak Air
Paling penting minum banyak air. Minum, minum dan minum! Bukan  air berkarbonat atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih, dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan kamu.

 Bersenam
Semua tahu bersenam itu baik untuk kesihatan dan juga rohani.  perlu berjalan di sekitar rumah ia sudah memadai kerana berjalan juga satu bentuk senaman!

 Jangan merokok!
Ini merupakan saranan yang paling penting kerana merokok boleh  merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

 Tidur Yang Mencukupi
Ramai yang mengabaikan soal ini tambahan lagi apabila terlalu sibuk.  Sebenarnya sesibuk manapun, tidur yang tidak cukup akan membuat kamu kelihatan lebih tua dan mata lebam. Ini akan membuatkan bahagian bawah mata kamu tampak tidak cantik dan tidak sihat.
5. Jangan Terlalu Banyak Bersolek
Pada waktu tertentu, benarkan kulit kamu berehat daripada memakai sebarang  mekap. Kulit juga perlu bernafas!

Untuk Artikel Penuh & Lebih Info Dapatkan MAJALAH REMAJA sekarang  !!


TAHUN BARU MAKA RAMAILAH LELAKI DI LUAR SANA YANG BERHASRAT INGIN  MEMBAIKPULIH IMEJ DIRI. MEMBAIKI IMEJ TIDAK TERTUMPU PADA DALAMAN SEMATA-MATA KERANA RUPA PARAS MERUPAKAN ASPEK TERPENTING YANG DITATAP OLEH ANASIR LUAR.

Jika diperhatikan, produk penjagaan  lelaki agak kurang dipasarkan beberapa tahun yang lepas. Berbeza pula dengan keadaan pasaran masa kini di mana pelbagai jenis barangan penjagaan untuk sang teruna boleh dilihat di rak-rak farmasi. Ini merupakan satu simbolik yang membawa maksud penjagaan diri bagi lelaki dilihat sebagai sesuatu yang wajar dipandang berat dan bukan sekadar menarik perhatian kaum hawa.

  Penjagaan Kulit
Ada yang beranggapan, penjagaan kulit sesuatu yang melecehkan dan tidak penting. Namun tidak susah hendak menjaga kulit sendiri. Semudah membilang satu dua dan tiga, gunakan produk sabun yang bersesuaian dengan kulit dan tambahan pelembap jika perlu. Kebiasaannya pelembap mengandungi ciri-ciri perlindungan daripada cahaya matahari kerana sinaran matahari punca utama penyebab kulit kelihatan berusia. Tahukah kamu bahawa produk kulit yang mengandungi retinol berkesan mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah?

  Rawatan Wajah
Sudah nama pun remaja, pastinya tumbuh jerawat pada muka sang teruna.  Secara tidak langsung, mereka akan mempunyai keyakinan diri yang lebih rendah berbanding jejaka yang mempunyai wajah bersih sempurna. Kembalikan keyakinan diri dengan menggunakan produk rawatan yang mampu merawat jerawat dan jeragat pada muka. Jika masih tidak berkesan, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

  Bau Badan
Jika kamu jenis yang   kerap berpeluh, amalkan mandi sekerap yang mungkin. Kamu juga boleh mengenakan deodoran atau bedak talkum bagi mengurangkan bau badan selepas mandi. Setiap lelaki perlu mengambil perkara ini secara serius kerana kamu tidak akan dapat menghidu dan mengesan bau badan sendiri tetapi orang di sekeliling mungkin tidak senang dengannya. 

  Rambut
Sudah menjadi lumrah tidak kira lelaki atau perempuan, rambut adalah mahkota  perhiasan peribadi. Kaum Adam tidak perlu merasa bahawa mereka melakukan satu pembaziran apabila mengeluarkan sejumlah wang untuk perapian rambut. Jika kebiasaannya kamu pergi ke kedai gunting rambut yang biasa, sekali-sekala cuba beralih angin ke salun dandanan rambut untuk mendapatkan potongan rambut yang lebih sesuai.

  Diet
Badan kurus tidak bermakna orangnya sihat. Seeloknya amalkan pemakanan yang  berkhasiat dan elakkan daripada makan makanan yang mengandungi kolesterol dan lemak tinggi. Mungkin sesuatu yang baharu kepada kaum lelaki tetapi diet yang seimbang yakni diet yang juga mengandungi buah-buahan serta sayursayuran akan membuatkan rambut dan kulit kamu tampak lebih sihat. -R
Assalamualaikum semua !


Hari ni , sebelum bercuti , Sorfiena nak maklumkan pada kak Pupel yang Sorfiena dah dapat dah hadiah Angry Bird keychain tu :) Terima kasih kak , Lawa sangat ! Warna merah woookk :) hehe . //suka sangat :D

Sorry lambat kasi tahu kat akak sbb hari tu poslaju datang , tak dek sapa kat rumah , so , Sorfiena call balik pejabat poslaju suruh dia hantar buat kali kedua . Hari ni baru sampai :) hehe . Janji hadiahnya sampai dengan selamat :) //Alhamdulillah .

Amboi kak Pupel -___- ye ye je balut besar-besar , ingat ye ye je besowwwr :D haha . 

Sorfiena ingatkan kecik , yang macaam betul2 key chain kecil tu , baru je berangan nak taruk kat beg sekolah -- last2 , terpaksa taruk kat dalam bilik :P 

Dapat-dapat je hadiah ni , Sorfiena terus tangkap gambar adik Sorfiena dengan angry bird tuuu :) ohsemmmm ^__^ hehe


gambar ni sebenarnyer goyang teruk -- tapi , sorfiena pandai edit , sbb tu nampak tak kabur sangat kann ? tapi , mata kiri adik sorfiena tu ,  nampak sangat == haha . boleh lahh nie ^^



oke , itu  je :) maaf di atas bahasa melayu yang tak seberapa ye kawan-kawan . Sorfiena pon masih tengah belajar -- bahasa melayu memang out T_____T jangan cakap bahasa inggeris ! itu memang out first-first lagi . huhu . oke , sorfiena nak out ni , nak pergi tuisyen pulak -.- bye -






Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari  prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 5 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

 Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

 Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan  lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

 Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130  peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan  berkerut.

 Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung  dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

 Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan  halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila  perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.


Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi

Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan

Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri

Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan

Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan

Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka

Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil

Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha

Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah

Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan

Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya


Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya

Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan  padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa

TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....

Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya....

Dan Tanpa kita sedar

Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya

- Artikel iluvislam.com
....................................................................
Biodata Penulis
Ahmad Sabri B Muhamad merupakan seorang Mahasiswa UniKL .
....................................................................


Secara harfiahnya, terdapat pelbagai kategori matlamat yang boleh  disasarkan ketika melangkah ke tahun baru. Menyasarkan keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual hanyalah sebahagian daripada pilihan yang ada. Ayuh teliti beberapa tip mudah bagi merangka azam sejurus membimbing diri merentasi tahun baru dengan jayanya.

  • . Pepatah lama ada menyebut, jika mahukan perubahan semuanya hendaklah  bermula daripada diri sendiri.Tetapi di mana silapnya? Kebanyakan orang hanya  mempunyai matlamat dalam satu kategoriyang spesifik iaitu kewangan! Sebetulnya kamu perlu ada matlamat yang tersendiri bagi setiap kategori.

  • . Semua orang mempunyai perasaan takut yakni ketakutan kepada kegagalan.  Manakala mereka yang berjaya juga punya perasaan yang sama tetapi lebih terjerumus kepada ideologi ‘takut gagal’. Apa yang membezakan kedua-dua mereka ini adalah walaupun mempunyai perasaan ‘takut gagal’ mereka yang berjaya tetap akan melakukan juga!

  • . Imbas kembali ketika diri pernah berada di haluan yang dirasakan betul. Mungkin  satu ketika dahulu kita pernah berjaya dalam sesuatu perkara, capai sesuatu yang boleh dibanggakan atau menggapai salah satu matlamat besar. Gunakan ingatan tersebut sebagai satu picu untuk memulakan, menjana dan kemudian meraih kejayaan yang bakal mendatang.

  • . Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Natijahnya, sesetengah orang memang  payah untuk mengeluarkan kudrat tetapi cukup mudah melafazkan alasan. Walhal orang yang berjaya sentiasa bersedia melakukan perkara-perkara yang susah manakala mereka yang tidak berjaya pula sering kali memilih jalan yang mudah.

  • . Jika kamu sudah menetapkan sasaran yang perlu dicapai, maka berusahalah dengan gigih untuk menggapainya. Tidak perlu menoleh ke tepi dan menilai azam  orang lain lalu terikut-ikut dengan matlamat diri mereka. Tetapkan pemikiran dan laksanakan segala yang kamu mampu! -R



Untuk Artikel Penuh & Lebih Info Dapatkan REMAJA 1 JAN Di Pasaran Sekarang !!

cara nak join giveaway:

1) Buat 1 entry di blog masing masing, dengan tajuk 
" First Giveaway By Butik fiQ'Ra "
2) Letakkan banner giveaway di entry ( linkkan sekali )
3) Tag kepada 3 rakan blogger ( diorang mesti tahu )
4) follow Butik fiQ'Ra dan Like page Butik fiQ'Ra 
5) hantarkan link entry ke entry ini ( sertakan id follower & id facebook )

random.org yang akan memilih pemenang dan cukup syarat :)

Pemenang pertama x2
sehelai shawl +  sehelai inner bawal

Pemenang kedua x3
sehelai inner bawal + 1 pcs brooch ribbon

Top referral x1
wang tunai RM30

Jum join ramai-ramai nak :) klik je kat banner tu k ;) Good luck untuk korang :) Amin !


giveaway berlangsung dari 16 Januari 2012 - 31 Januari 2012

update ! //saye lupa nak send kat ruangan comment--
 id follower : 2EV1 .
id facebook : Siti Sorfiena Syasha
Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

Artikel Cinta ini telah dikongsikan bersama oleh saudara Zamri Mohamad di Forum Tentang Cinta.



Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.


 Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


 Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi', 'angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi ?' dan 'tolong buka pintu tu.'


 Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'


 Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


 Cakap besar
Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


 Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


 Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.


 Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.


 Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


 Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.


 Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.


 Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dek' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


 Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.


Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!


Sumber: Tips 4 Guyz Only [Manchurr Inc]


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.