SMS Cinta Kesilapan Yang Sering Terjadi .


Sistem pesanan ringkas (SMS) sememangnya cukup sinonim dalam perhubungan dunia kerana ia lebih cepat dan menjimatkan . Selain popular sebagai alat perhubungan, ia juga menjadi medan penting bagi individu yang sedang dilamun cinta. Pelbagai pesanan manja dan berbunga-bunga dikirimkan sehingga kadangkala sukar diterima akal.
Mungkin bagi sesetengah individu , kiriman cinta mampu menggembirakan hati pasangan. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa ada kalanya pesanan sebegitu hanya akan mengundang kejelikan dihati wanita ? Biarpun hati berniat baik,tetapi hanya kerana beberapa kesilapan saat mengirim SMS, anda pasti akan menerima maklum balas yang sebaliknya.
            Justeru , bagi mengelakkan kesilapan tersebut berulang kembali, apa kata semak beberapa senario berikut yang anda mungkin tidak sedar pernah melakukannya:

  Salah Waktu
                Mengirim kalimat “Good morning , sweety.” Atau “Selamat pagi , sayang.” di awal pagi sememangnya mampu menaikkan semangat pasangannya bagi menjalani rutin hariannya. Namun, jika kalimat ini dikirimkan pada pukul 9.00 pagi atau apabila matahari sudah meninggi ,ia bukan lagi sesuatu yang relevan. Tetapi, inilah yang sering dilakukan golongan lelaki yang nyatanya tidak akan membenihkan kesan di hati wanita .

 Terlalu berjela-jela 
                SMS selalunya melibatkan kiriman pesanan yang ringkas namun padat. Namun , jika SMS tersebut melangkaui sehingga tiga ke empat teks panjang secara berturut-turut, ia pasti membosankan. Jangan jadikan SMS umpama menulis novel atau cerpen cinta. Ungkapan yang ringkas tetapi penuh bermakna lebih menimbulkan kesan di hati wanita.

 Terlalu agresif
                Biarpun baru sahaja mengenali wanita terbabit , anda sudah berani mengirimkan beberapa ayat cinta yang seolah-olah menunjukkan bahawa anda benar-benar menginginkannya. Perkara sebeginilah yang akan mengundang rasa tidak senang di hati wanita. Jika salah gayanya, si dia akan terus ‘membuang’ anda dari kamus hidupnya.

 Gemar Memaksa
                Memaksa adalah perkara yang paling tidak digemari wanita terutamanya golongan berkerjaya. Tuntutan tugas yang agak sibuk kadangkala tidak difahami lelaki. Tanpa memikirkan situasi pasangan, lelaki akan berterusan memaksa agar mereka boleh berjumpa. Sikap memaksa dan tidak kena situasi inilah yang membuatkan wanita terpaksa memilih antara dua, sama ada diri anda ataupun kerjaya yang memberi jaminan masa depan buat dirinya itu.

 Salah menyenangkan
                Memang niat anda untuk menyenangkan dan menggembirakan hati wanita sememangnya mulia. Tetapi apa yang sering berlaku adalah sebaliknya. Tanpa periksa atau mengetahui perkara sebenar pasangan,anda melontarkan kiriman yang tidak kena tempatnya. Akibatnya, bukan kedamaian yang dicapai sebaliknya hanya akan menambahkan lagi sakit di hati pasangan .

 Melakukan penghinaan
                Terlalu serius dalam  kounikasi kadangkala membuatkan lelaki melakukan penghinaan terhadap wanita tanpa disedari. Sepatutnya, sebagai seorang lelaki anda seharusnya bersikap lebih matang saat berbicara terutamanya ketika mengirimkan SMS. Jangan sesekali mengirimkan SMS yang boleh menyinggung perasaan pasangan. Intonasi suara menerusi perbualan dan SMS adalah berbeza bagi individu yang membacanya .

 Terlalu angkuh
                Sikap meninggi diri dan menganggap hanya dirinya yang terbaik merupakan antara keangkuhan yang terselit di hati lelaki. Sebab itulah, mereka tidak pernah menyedari bahawa kalimat yang dilontarkan boleh menyakitkan hati wanita. Kiriman seperti “Sebelum ini tidak pernah terjadi…” atau “Perkara itu berlaku kerana awak..” bukanlah kalimat yang ditunggu oleh wanita. Janganlah terlalu angkuh terutamanya buat wanita yang anda sayangi. H

Kredit : MajalahHarmoni

Sorry , Sorfiena dah jarang online fb dan blog dan jarang duduk depan komputer  :)Sorry sangat-sangat , Tahun ni Sorfiena SPM , so , memang busy , harap korang paham ye .Doakan untuk Sorfiena sekali ye :) Peace ! hehe 


You may also like

8 comments:

Izzul Amir said...

salah mood xde ? kekeke

nuyui a.k.a miss YUI said...

oh,gtu ea..

good luck utk spm tau dik..

cik ayuni said...

nice sharing..

Ash Kyouhei said...

@Izzul Amir haha , kadang-kadang pun ada gak kan ? :)

Ash Kyouhei said...

@nuyui a.k.a miss YUI insyaAllah , amin amin :)

Ash Kyouhei said...

@cik ayuni yeah ^0^v

Mr. Sepet said...

nice ..

btw dh follow .. hit me back klu sudi ..

Ash Kyouhei said...

@Mr. Sepetdone :)