ARGHH!! RASA SEPERTI INGIN MENJERIT DAN MENYATAKAN “AKU MEMANG SAKIT HATI! TOLONGLAH FAHAM!” TETAPI PERKATAAN ITU SEPERTI TERSEKAT DI ANAK TEKAK SAHAJA. MACAM MANA UNTUK  MENANGANI MASALAH TEMAN SERUMAH YANG BERMASALAH INI? JOM SEMAK TINDAKAN APA YANG PERLU KAMU LAKUKAN.

 1. Hati ke hati
Jika berlaku persengketaan di antara kamu dengan teman serumah, langkah terbaik adalah bersua muka  dengannya dan berbicaralah dari hati ke hati. Saat berterus terang ini kamu hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan manis agar tidak menyinggung perasaannya sekali gus membuatkan teman serumah faham kenapa kamu bermasam muka dengannya.

2. Lebih terbuka 
Hurm! sebenarnya sukar  untuk kita mengagak sikap yang ada pada seseorang individu itu. Kadangkala  merekaini tidak terlalu terbuka dan  mudah menerima kritikan dan pandangan orang lain. Mungkin jika kamu memarahi dan menengkingnya boleh menyebabkan dia terasa hati dengan kamu. Carilah pendekatan yang sesuai untuk menjelaskan kepada teman serumah itu agar lebih terbuka dalam membicarakan soal ini.

3. Lebih berani
Sesetengah daripada kamu mungkin tidak  mempunyai keberanian untuk memberitahu perkara sebenar kepada orang lain meskipun perkara itu perlu diperkatakan. Kamu seperti tidak sanggup untuk melukai hati orang lain, sedangkan hati kamu sendiri  yang terluka. Selama ini kamu sudah terlalu banyak menjaga hati dan perasaan orang lain. Anggaplah kamu cuba mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak terus berlanjutan. Teguran Membina

4. Teguran membina
Sekiranya kamu seorang individu yang tidak pandai untuk berterus terang mungkin kamu boleh membuat teguran secara baik. Beritahulah kepada dia yang kamu sememangnya terasa hati dengan sikapnya. Walaupun kamu seolaholah tidak marah dan mendiamkan diri dengan apa yang berlaku, bukan bermakna orang lain boleh memijak kepala kamu sesuka hati. Oleh itu, mintalah dia menghormati perasaan kamu seperti mana kamu menghormati perasaan dia. Itukan lebih adil.

5. Minta maaf jalan terbaik
Mungkin kamu sudah memberitahunya perkara  sebenar dan pengakhirannya dia mula menjauhkan diri dan bermasam muka dengan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan ialah minta maaf dengannya supaya dia tahu yang kamu tidak berniat untuk melukai dan menyinggung  perasaannya. Anggaplah semua ini sebagai satu permulaan untuk kamu mengenali teman serumah  itu dengan lebih mendalam.

Credit : MajalahRemaja

Ash baru edit , ok tak ? :D
Doddle tu kak CCI yg kasi sbb kita menang dia punya GA kalau tak silap :)



BERCINTA DENGAN LELAKI PSIKO? OH TIDAK! BAGI YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN BERCINTA DENGAN LELAKI SEPERTI INI PASTI AKAN BERASA SERIK. APA TIDAKNYA, KEHIDUPAN KAMU SEPERTI DISELUBUNGI MISTERI. ADAKAH KAMU SANGGUP MENERUSKAN PERHUBUNGAN INI SEDANGKAN KAMU TAHU AKIBATNYA JIKA KAMU MENERUSKAN JUGA. JOM KENALI JENIS-JENIS LELAKI SEBEGINI! 

1. Tidak menunjukkan sikap sebenar
Perkenalan awal kamu dan si dia indah belaka. Maklumlah baru pertama  kali berjumpa. Si dia pula pandai memikat hati dengan menunjukkan rasa sayangnya kepada kamu dan menghulurkan bantuan, malah tidak tercuit langsung sikap negatifnya di hadapan kamu. Lelaki jenis ini akan cuba memikat kamu dengan menunjukkan kebaikannya terlebih dahulu sehingga kamu merasakan dialah lelaki yang paling sesuai untuk dijadikan teman hidup sedangkan hakikatnya dia bukan lelaki seperti itu. 

2. Manis mulutnya
Untuk pengetahuan kamu, lelaki psiko ini mempunyai sifat yang manis  mulut. Bak kata orang, lembut gigi dari lidah dan kamu boleh terlentok dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Baginya untuk memikat hati kamu haruslah menggunakan perkataan yang mampu mencairkan kamu. Kamu harus berhati-hati dengan lelaki seperti ini. Jangan mudah tertipu dengan kata-katanya. Seelok-eloknya kamu selidiki terlebih dahulu latar belakangnya. 

3. Pandai berlakon
Lelaki psiko memang pandai berlakon kerana mereka mempunyai dua personaliti. Bahkan lelaki jenis ini boleh berubah watak menjadi seorang individu yang sangat penyayang kepada individu agresif. Jika dari awal lagi kamu telah nampak akan tanda-tanda si diamempunyai sikap seperti ini, lebih baik kamu tinggalkan sahaja. Walaupun kamu sangat  menyayanginya, kamu perlu memikirkan masa akan datang, mampu atau tidak si dia membahagiakan kamu?

4. Setiap pergaduhan membawa kecederaan
Walaupun telah lama menjalinkan hubungan, si dia sukar mempercayai kamu.  Si dia selalu bersikap curiga dan menuduh kamu yang bukan-bukan. Meskipun kamu  berterus-terang dengannya, si dia tetap tidak menerima penjelasan yang kamu berikan. Kemuncaknya, kamu dan si dia mula bergaduh sehingga membawa pada kecederaan. Si dia sudah pandai mengangkat tangan dan mencederakan kamu tanpa rasa bersalah. Sepatutnya si dia melindungi diri kamu dan bukannya memperlakukan kamu seperti itu. 

p/s : Handsome gambo kat atas tu kan ? My boy tuw , haha , perasan je -_-  seriusly , rindu dia sangat T_T' Hari tu jumpa , kejap je :'(

Credit : Majalah Remaja


Jemput Join End Year  Random Giveaway .