RAHSIA PENGELUPASAN KULIT WAJAH


Adakah anda runsing dengan masalah kekeringan kulit, pertumbuhan jerawat dan penuaan pada kulit? Kehidupan yang penuh dengan tekanan menambah beratkan masalah kulit. Masalah ini menjadikan kita kelihatan lebih tua daripada umur sebenar. Sebenarnya, pengelupasan kulit (peeling) merupakan satu cara yang dapat menyelesaikan masalah ini. Rawatan pengelupasan kulit dapat meningkatkan keberkesanan penjagaan kulit dan memulihkan kulit kita menjadi sihat berseri.

Pentingnya pengelupasan kulit wajah
Pengelupasan kulit wajah penting untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit. Dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari. Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, malah menyumbang kepada pembentukan masalah umum kulit seperti jerawat, jeragat, ‘open pores’ dan ‘blackheads’.

Antara penyebab utama sel kulit ini mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan kuat sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Dengan mengamalkan perawatan pengelupasan kulit yang betul mengikut kekerapan yang dicadangkan, kulit akan sentiasa kelihatan segar, bersih, anjal dan mulus serta menyeimbangkan ton warna kulit.

Kesan & Akibat
Sekiranya pengelupasan dibuat mengikut cara yang betul (teknik, bahan & kekerapan), sudah pasti kesan buruk dapat dielakkan. Antara kesan sampingan atau komplikasi yang boleh berlaku termasuk:

- Keradangan kulit (merah & pedih) untuk 1-2 hari selepas prosedur.
- Kulit menggelupas atau berkuping.
- Parut (utk pengelupasan jenis dalam)
- Hypo/ hyperpigmentasi ( untuk mereka yang mempunyai ton kulit gelap)

Amatlah penting untuk mereka yang menjalani prosedur pengelupasan ini mengikut nasihat dan tip penjagaan yang diberi oleh pakar atau doktor agar sebarang komplikasi dapat dielakkan. Sebarang bentuk teknik pengelupasan pastinya akan menyebabkan lapisan kulit epidermis mahupun dermis menipis daripada ketebalan asal, namun keupayaan kulit menghasilkan ratusan ribu sel setiap saat membolehkan ketebalan asal kulit akan tercapai semula. Kerana itulah dicadangkan pengulangan sesi pengelupasan hanya dibuat setiap 20-30 hari.

Lapisan kulit epidermis-atas (sel-sel mati) yang menebal menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya serta menjurus kepada pembentukan pigmentasi/ jeragat. Manakala pengelupasan dalam (peringkat dermis kulit) pula mampu meningkatkan pembentukan semula kolagen bagi menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan garis halus serta parut jerawat.

Kebaikan lain:
  • Kurangkan jerawat/parut jerawat
  • Kurangkan jeragat/pigmentasi kulit
  • Kurangkan kedutan/garis halus
  • Kurangkan kesan parut luka/ bedah
  • Seimbangkan ton warna kulit
  • Kecilkan liang pori-pori
  • Mengawal ‘blackheads’ dan ‘whiteheads’
  • Mengawal ‘stretch marks’
Kebaikan pengelupasan kulit menyebabkan terhasilnya banyak produk pengelupasan terjual di pasaran. Namun, perlu diberi perhatian tentang kandungan bahan aktif dalam setiap produk tersebut. Ini kerana bahan seperti asid TCA atau ‘phenol’ yang lebih kuat kesan pengelupasannya boleh menyebabkan kecederaan kulit yang lebih serius. Sekiranya perawatan pengelupasan kulit dilakukan secara teratur dan berkala, malah dilakukan oleh pakar serta penggunaan bahan yang sepatutnya, hasil yang memberangsangkan mampu tercapai antara 60-90%.

credit : Dara.com
Jemput Join End Year  Random Giveaway .


You may also like

1 comment:

QmaRidh said...

tampil cantik berseri dgn miracle tab... :) nak tahu apa miracle tab, sila ke blog sy Qma cottage shop..