Beberapa Perkara Penyebab Kesusahan dan Kemelaratan.


Berkaitan dengan tajuk ini, dinukilankan beberapa perkara yang menyebabkan kesusahan dan kemelaratan sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al Barakah Fii Fadl Lis-Sayi Wal-Harokah oleh Abu Abdillah Muhammad bin Abdurrahmanal-Habsyi. Sebahagian daripada 46 perkara yang dibentangkan selain pengalaman dan pengamatan orang dahulu dan orang tua-tua, antaranya juga ada terdapat di dalam al-Quran dan hadis yang disebut oleh Allah dan Rasul-Nya melalui perumpamaan, kiasan dan pengajaran dari kisah-kisah manusia dan binatang.
          Intisari daripada pengalaman dan pengamatan serta pengajaran daripada kiasan dalam al-Quran dan hadis itu dirumuskan di bawah ini sebagai panduan dan pedoman bagi orang yang ingin menjadikannya pedoman . Namun, apapun hanya Allah sahaja kita bergantung segala ketentuan dan segala yang telah terjadi. Selainnya, makhluk adalah penyebab yang telah disunnahkan oleh Allah jua.
          Berikut dibawah ini dibentangkan beberapa penyebab yang Allah jadikan boleh membawa kesusahan, bukan untuk menakutkan, tetapi sebagai panduan untuk dihindari , sama ada melalui usaha ikhtiar dan doa. Lantaran itu hendaklah dijauhi beberapa perkara seperti berikut :

1. Membakar kulit bawang merah atau bawang putih
2. Tidur (meniarap)
3. Menyapu rumah di waktu malam
4. Menyapu (sampah) dengan kain
5. Tidak membersihkan rumah (biar bersampah, bersawang dan berjelaga)
6. Membasuh tangan dengan tanah (kecuali semah najis mugahllazah) atau bekas tepung
7. Membasuh tangan pada bekas tempat makan
8. Duduk di atas tangga
9. Bersandar pada salah satu daun pintu
10. Berwudhuk di tempat buang air (dalam jamban)
11. Menjahit baju yang sedang dipakai
12. Mengeringkan muka dengan baju yang sedang dipakai
13. Berdiri sambil bercekak pinggang
14. Tidur tanpa pakaian (bertelanjang)
15. Makan dalam keadaan junub
16. Cepat-cepat keluar dari masjid sesudah solat Subuh
17. Pagi-pagi buta pergi ke pasar , dan
18. Pulang terlambat (paling akhir keluar) dari pasar
19. Mendoakan yang tidak baik bagi orang tua, anak atau pemimpin
20. Tidak suka menutupi bekas (bijana)
21. Memadamkan lampu dengan nafas (meniup api)
22. Membuang kutu dalam keadaan hidup
23. Memcuci kaki dengan tangan kanan
24. Kencing pada air yang bertakung
25. Memakai seluar sambil duduk
26. Memakai serban sambil berdiri
27. Mandi junub di tempat kencing atau najis
28. Makan dengan dua jari (menyepit)
29. Berjalan di antara kambing
30. Berjalan di antara dua perempuan
31. Berbekam pada hari ketujuh belas
32. Terlalu banyak mempermainkan janggut
33. Menhubungkan jejari tangan di sekeliling lutut (mendakap lutut dengan menyela-nyela jejari tangan)
34. Meletakkan telapak tangan di hidung
35. Memotong kuku dengan gigi
36. Membuka aurat di muka matahari atau bulan ( di tempat terbuka)
37. Buang air kecil atau besar dengan menghadap kiblat
38. Menguap di waktu solat
39. Berludah dalam jamban atau dalam abu ( bakaran)
40. Meletakkan tangan di atas pipi ketika duduk atau bertongkat dagu.

Dan yang lebih besar dari yang tersebut di atas adalah :

41. Meremehkan solat
42. Meremehkan apa-apa yang terjatuh daripada hidangan (tidak mengutip makanan yang terjatuh),ertinya membazirkan rezeki
43.Tidak membaca bismillah ketika makan
44. Banyak makan dan banyak berdusta
45. Memakai sandal (kasut) di dahului kiri sebelum yang kanan atau berlainan warna dan saiz
46. Malan di atas pinggan yang terbalik atau bijana (bekas makanan dan minuman) yang retak atau kemek

Wallahu ‘alam


You may also like

2 comments:

Mu Syuk said...

artikal yang serupa macam dalam buku yang aku bace. anyway good~ hahah!

fiQ'Ra said...

Salam geng fiQ’Ra yang mas kasihi ◕‿◕
Kad blogger yang baru sudah siap..
Boleh ambil dekat sini eh ◕‿◕

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.295622997145375.70148.257419187632423&type=1